BUKAN SEKADAR CAKAP BESAR.. TAPI BIJAK MENTADIBIR.

 

MSO


MB Selangor Amiruddin Shari seorang berjiwa besar tidak pernah mengambil pot hal peribadi. Semalam dia berada disatu pentas dengan MB Kedah Sanusi Md Noor untuk shering idea tentang pengurusan dan pentadbiran negeri.



Sanusi mengakui yang pentadbiran di Selangor lebih maju berbanding Kedah. Barang kali setelah setahun lebih jadi MB Sanusi baru tahu susah senang memerintah. Ia tidak segampang memaki hamun dan sumpah kawan di pentas ceramah.


Yang merujakan Amiruddin bersedia pula untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang yang menghina dan memperkecilnya. Siapa kata Amiruddin MB tidak cukup saiz kalau bukan Nusi.


Itulah kehebatan dan kebijaksanaan seseorang bukan terletak pada saiz.  Kalau pun gemik, brolok, montok tak semestinya pandai jika otak beku dan kotor.


Gemula ayah pernah buat perumpamaan jangan jadi seperti pokok tar yang punya perdu besar tetapi akar tak kuat. Trims.



No comments: