D I K T A T O R D E M O K R A SI

 D I K T A T O R  D E M O K R A SI

(Buat Fahmi Fadzil)


MSO


Menkom Fahim Fadzil kesian dengan cara bekas PM dua kali OT99 mengulas mengenai kebebasan bersuara dalam negara ini. Justeru Fahmi meminta agar OT99 menyemak kembali setiap apa yang berlaku di era regimnya dahulu. Parahlah seorang atuk kalau sudah dinasihi sang cucu.


Semasa OT99 jadi perdana menteri Fahmi baru berusia setahun, masih bocah lagi. Kerana itu walaupun dia tahu akan tindakan kuku besi OT99, tetapi saya yakin masih banyak lagi perkara kejam yang Fahmi tidak tahu. Kalau Fahmi tahu semuanya, mungkin boleh pengsan dibuatnya atau terbeliak biji mata hijau.


OT99 bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara, menarik permit surat khbar, atau mengarahkan polis guna balantan pukul para demonstarasi, tetapi dia dengan rakus dan sadis menggunakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan borong orang politik. 


Entah berapa ramai orang politik pembangkang menjadi pelajar di sekolah tahanan ISA sampai memperolehi peringkat Phd. 


Cuma disini saya ingin beri tahu MenKom itu bagaimana sadisnya OT99 ini semasa dia berkuasan, dia pernah mengarahkan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan permit penerbitan akhbar supaya menarik balik serta merta permit sebuah akbar tabloid yang baru pertama kali diterbitnya kerana akhbar berkenaan menggunakan tajuk sensasi sebagai lead muka depannya berkaitan dengan OT99. 


Ekoran tindakan itu menyebabkan syarikat menerbitkan akhabr berkenaan terpaksa ditutup dan para pekerjanya, wartawan dan sebagainya berkebun anggur dan menanam sayur secara nomad.


Itulah satu sejarah rakus dan kukubesi OT99 yang saya kenang dan ingat sampai kini. Disamping tindakan itu ada ribuan tindakan lain lagi yang disekat, dikekangnya. Lantaran itu dia diingati sebagai Mahafiraun.


Saya cadangkan kepada Fahmi untuk membongkar segala fakta ini berpakat dengan KeDaNe (Kementerian Dalam Negeri) mendedahkan rekod dan sejarah pengharaman surat khabar diera regim pemerintah OT99 untuk dijadikan perbandingan. Mudah-mudahan fakta itu diharap dapat menginsafkannya. 


Dengan fakta yang ada sebenarnya OT99 tidak layak bercakap soal kebebasan bersuara dan juga demokrasi di negara ini. Dia adalah pembunuh kebebasan bersuara dan demokrasi nombor wahid sebelum ia dipulihkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebab itu saya sofat dan gelarkan OT99 merupakan seorang diktator demokrasi. Sisi hitam OT99 dalam negara lebih tebal daripada sisi putih. Trims.