Persamaan politik Israel dan politik Melayu?

 

Perubahan masyarakat Malaysia ke ekstremis nasional dan ekstremis agama masih di tahap rendah, dan harapnya hala tuju ini dapat dibendung

 




Terengganu Pas youth members marching with what appear to be replica weapons at the Himpit gathering - FILE PHOTO: PAS YOUTH/FACEBOOK

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Oleh Rosli Omar

Bila Israel menakluki Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqadis Timur selepas peperangan 1967, dan mahu menjajah penduduk mereka sekali, Yeshayahu Leibowitz sudah tahu akan hala tuju Israel.

Beliau adalah seorang ahli falsafah di Universiti Hebrew, Israel. Baginya, adalah tidak mungkin Yahudi Israel boleh bersifat demokratik dan liberal padahal tidak memberi hak yang sama kepada rakyat Palestin – iaitu, Israel akan merupakan kuasa kolonial yang menindas rakyat Palestin.

Sifat demokratik-dan-liberal dan penindasan adalah dua sifat yang bercanggah.

Maka, sifat demokratik dan liberal, iaitu haluan kiri, akan bertukar kepada yang sepadan dengan penindasan, iaitu kepada yang haluan kanan, konservatif dan aparteid.

Maka, Leibowitz menentang penaklukan Tebing Barat, Baitulmuqadis dan lain-lain. Dia pasti masyarakat Yahudi Israel akan menjadi “Judeo-fascist”.

Betapa benar ramalannya pada 1967! Israel yang diasaskan di bawah pemerintahan Parti Buruh yang sekular dan berhaluan kiri mula bergerak ke kanan dengan agama memainkan peranan yang semakin besar.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Parti Buruh dan parti kiri lainnya mula kalah dalam pilihan raya, yang pada mulanya diganti oleh parti Likud yang konservatif. Sehinggalah sekarang, Likud bergabung dengan parti-parti ekstremis yang lebih kanan – dan juga parti-parti berasaskan agama Yahudi yang ekstremis di bawah pimpinan Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich, menteri-menteri didalam kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, ketua Parti Likud.

Di bawah pemerintahan golongan kanan, konservatif dan ekstremis agama ini, rakyat Palestin semakin ditindas.

Perkara yang sama berlaku di India. Negara ini memperolehi kemerdekaan di bawah parti Kongres, parti sekular berhaluan kiri.

Tetapi sebahagian rakyat Hindu yang merupakan 80% penduduknya perlahan-lahan termakan dengan desakan dari parti berhaluan kanan yang rasis dan berdasarkan ekstremis agama, Parti Bharatiya Janata, BJP, yang menyerang mereka yang bukan Hindu, termasuk Kristian tetapi terutamanya Muslim, yang merupakan 14% penduduk India.

READ MORE:  Israel subverts all international laws and rulings in its attack on Rafah

 

BJP menubuhkan kerajaan bermula 2014 di bawah Perdana Menteri Narendra Modi. Dengan kekalahan parti Kongres di tangan BJP, ia mungkin sukar untuk Kongres dikembalikan berkuasa dengan hala tuju ke kanan ini.

Kehilangan majoriti BJP dalam pilihan raya baru-baru ini melawan arus dan mereka menyalahkan orang Muslim kerana kehilangan majoriti itu.

Seperti mana di India begitu juga di Israel. Parti Buruh dan lain-lain parti kiri telah berkubur kerana majoriti Yahudi Israel telah meninggalkan sepenuhnya nilai-nilai kiri mereka.

Di Israel, perubahan masyarakat dari yang liberal kepada yang ekstremis nasionalis dan ekstremis agama adalah paling lengkap, paling ekstrem didunia. Seperti kata pengkritik Israel, Norman Finkelstein, “Israel is a lunatic state“.

Di Myanmar pula, kebencian terhadap orang Muslim Rohingya diketuai oleh sami-sami Buddha, seperti sami yang terkenal dengan serangannya terhadap Rohingya, Ashin Wirathu.

Walaupun penduduk Myanmar adalah 90% Buddhis dan Rohingya cuma 5%, namun sami-sami ini dapat menakutkan yang majoriti bahawa yang minoriti ini adalah ancaman terhadap Myanmar.

Adakah terdapat persamaan dan pengajaran kepada Malaysia, khususnya orang Melayu? Bagi saya, ada.

Penduduk Semenanjung Malaysia terdiri dari 66% Melayu, 24% Cina, dan 9% India dari 23 juta penduduknya. Ianya ditubuhkan oleh Umno yang sekular dan pada masa itu, liberal. Lama kelamaan ia menjadi lebih kanan, konservatif dan lebih berdasarkan ras.

Tetapi kerana dianggap telah menjadi terlalu korup, ramai orang Melayu memberi sokongan kepada parti-parti lain, termasuk yang semakin berpengaruh, iaitu Pas.

Pas yang lebih liberal di bawah Nik Aziz tidak begitu berpengaruh. Tetapi di bawah pimpinan Hadi Awang, Pas lebih lagi ke kanan dan lebih konservatif dan lebih memainkan isu agama dan kaum. Nampaknya, pandangan ini disokong semakin ramai orang Melayu.

READ MORE:  Why Israel is a threat to humanity

 

Hala tuju masyarakat Melayu sama seperti apa yang berlaku di Israel, India dan Myanmar, iaitu semakin konservatif dengan gemblengan kaum dan agama. “Gelombang hijau” merupakan realiti hala tuju masyarakat Melayu.

Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya adalah melawan arus. Soalannya, untuk berapa lama?

Percanggahan asas adalah seperti yang terdapat di Israel, India dan Myanmar – iaitu bagi majoriti Melayu, tidak mungkin sikap demokratik-dan-liberal ujud dengan diskriminasi terhadap kaum minoriti.

Maka hala tuju masyarakat Melayu adalah kepada haluan kanan yang konservatif dengan gemblengan ekstremis agama dan kaum.

Apa jadi bila masyarakat semakin konservatif, semakin ke kanan dan ekstremis? Kalau dilihat dari masyarakat di Israel, India dan Myanmar, orangnya semakin kehilangan kemanusiaan mereka, semakin kejam terhadap apa yang dianggap musuh. Pembunuhan menjadi perkara biasa.

Walaupun dengan kematian yang begitu ramai disebabkan serangan terhadap Gaza oleh Israel, dan kemusnahan yang sangat teruk, tinjauan sikap rakyat Israel mendapati 73% menyokong serangan itu, malah 34% berpendapat serangan tahap ini tidak mencukupi.

Tinjauan ini melibatkan juga penduduk Palestin di Israel yang merupakan 20% rakyatnya. Jika di ambil kira cuma penduduk Yahudi, peratusannya ialah 91% menyokong dan 43% mahukan tindakan yang lebih ganas.

Adakah sifat-sifat tersebut berlaku juga dikalangan orang Melayu? Ada unsur penduduk majoriti, iaitu orang Melayu, menekan, membuli yang minoriti. Mungkin tidak seteruk, tidak sejelas apa yang disebut di atas namun unsurnya ada. Ianya masih di tahap rendah dan harapnya hala tuju kepada ekstremisme dapat dibendung, dan semestinya kita tidak mahu ianya bertambah ekstrem.

Jika tidak, orang Melayu akan lama-kelamaan menjadi semakin tidak bertimbang rasa, kejam dan hilang nilai kemanusiaan mereka.

READ MORE:  Inside Israel's 'insane society' that systematically tortures and rapes Palestinians - Miko Peled

 

Janganlah ke sana.

Saya berterima kasih kepada wakil rakyat Hassan Karim, ahli parlimen Pasir Gudang, kerana memberi komen dan pandangan. Apa-apa kekurangan adalah tanggungjawab saya.

Rosli Omar adalah mantan pensyarah Universiti Malaya. Walaupun bidangnya adalah teknikal, dia berminat dengan isu yang menyentuh masyarakat.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme