JANGAN BABIT DALAM SYARIKAT NEGARA


 Pimpinan politik seharusnya tidak campur tangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan yang membabitkan syarikat strategik negara termasuk Khazanah Nasional. 




Saya singgung peringatan tersebut sewaktu menyampaikan amanat di Majlis Ulangtahun Khazanah Nasional Berhad Ke-30 hari ini yang telah mengumpulkan warga Khazanah terdahulu sehingga kini.


Natijahnya, prestasi syarikat tidak harus tergugat sehingga terpaksa menanggung kerugian besar seperti mana pernah dialami syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sebelum ini.


Sekalung penghargaan kepada Khazanah kerana telah berikhtiar sebaik mungkin untuk memulihkan Malaysian Airlines dan Kerajaan juga akan menyokong usaha ini agar syarikat penerbangan kebanggaan negara ini dijulang semula di mata dunia. 


Dalam ucapan, saya juga menggesa syarikat-syarikat swasta digesa untuk mencontohi langkah Khazanah Nasional Bhd yang menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk pekerjanya.


Sambil mengakui kepentingan syarikat swasta untuk mencatatkan keuntungan, namun pada masa sama, saya percaya harus ada iltizam daripada pihak pengurusan syarikat swasta untuk menjamin keselesaan pekerja mereka.



Political leaders should refrain from intervening in the business and trade affairs of strategic national companies, including Khazanah Nasional. 


The performance of any company should not be jeopardized unless it faces substantial losses, such as those suffered by the national airline, Malaysia Airlines, in the past.


#MalaysiaMADANI



No comments: