Sekurang-kurangnya 6.5 juta liter diesel sehari disimpulkan telah disalah guna oleh industri atau diseludup ke negara jiran sebelum penyasaran semula subsidi dilaksanakan, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata penyasaran semula subsidi diesel telah menyaksikan pengurangan jualan sebanyak 23 peratus atau 6.5 juta liter sehari dari stesen minyak di Semenanjung Malaysia.
Amir Hamzah berkata purata jualan harian diesel dari stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia pada awal Jun adalah 28.6 juta liter sehari, manakala pada awal bulan ini, purata jualan harian diesel menurun kepada 22.2 juta liter sehari.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews