BERHENTI BERPECAH

 

Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Selasa.



Wakil-wakil terbabit menandatangani deklarasi yang "berikrar menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan", lapor Agensi Anadolu.


Wakil-wakil dari 14 kumpulan Palestin telah mengadakan perbincangan di Beijing sejak Ahad. 


Wang memuji deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh kumpulan-kumpulan itu bagi membentuk kerajaan sementara untuk mentadbir Gaza selepas perang, menurut laporan media.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: