Gino Marvela.
Tadi ada feed keluar soqang ostajah yang sedang main tiktok tiba2 ada nabi Muhammad duduk atas sofanya. Kununnya hanya yang terpilih ja buleh nampak.
Kepada mangkuk ayun tersebut, cuba bawa mengucap. Ya betul iblis tak boleh menyerupai nabi Muhammad SAW, tapi dia boleh menyerupai mana2 lebai tali-ban yang duduk atas sofa mengaku dirinya nabi. Kenapalah minah ni boleh masuk dlm perangkap iblis.
Hang dh Islam, nak Islam yg bagaimana lg. Tak cukup ka dgn Islam yg hang anuti ? Bawak mengucap dan bertaubat. Kemudian laki dia, hang tulong bawa bini hang tu berubat. Jauh sangat menyimpang...
7 tahun dulu kami memang ada jumpa kes ini di luar tetapi budak lelaki. Dirinyalah terpaling Islam antara semua mak ayahnya. Dari penglihatan, anak itu stress. Mak ayahnya yang bertugas di Mekah, anaknya di Malaysia bersama kakaknya.
Kami pun cuba berinteraksi bila budak ni kena rasuk. Satu soalan yang kami tanya, kenapa kacau budak ni.
Jawab si iblis, "budak ni bodoh! Macam dialah terpaling Islam antara semua umat Islam. Jadi aku (si iblis) kacau otak dan fikirannya, aku sesatkan lg. Kalau dia baca ayat pun, dia dh riak jadi aku tambahkan lagi sombong riaknya".
Kemudian kami tanya, tak takut ke dgn bacaan ayat Quran?.
Jawab si iblis, "aku pun buleh baca Quran, lebih baik dari manusia. Manusia baca Quran utk dapatkan perli dungan, rahmat dan pahala. Kalau sekadar bermegah riak, dia baca apa pun aku akan tetap kacau budak nih".
Kami tanya lagi, kalau ayat2 yg sekarang ini banyak gantung pd plug rumah mengaji sendiri?
Jawabnya, " aku selalu dengar juga, tapi setakat dengar saja. Tak jadi apa2 pd aku. Tapi bila manusia itu baca Quran dgn hati yg ikhlas semata perlindungan Tuhan & syafaat Tuhan, aku takut dan besar kemungkinan terbakar atau mati".
Akhirnya di pengakhiran, kami lakukan pembacaan rukhyah secara bersahaja. Tubuh badan budak tu mengeletar, meraung kesakitan terus pengsan. Bila dh baik, mak ayahnya bawa ke Mekah duduk di sana.
Ada lg satu kes 8 tahun lepas, hat kerasukan kata selalu jumpa Nabi Khidir. Bila kami berinteraksi tiba2 hat kerasukan beri salam dan perkenalkan diri sbg Nabi Khidir.
Kami terus kata, Kidir kepala hotak hang! Menyusahkan manusia ja, hang ini adalah iblis yg berlakun bukan ? Apa darjatnya jika Nabi Khidir itu datang sedangkan pesakit ini solat pun tinggai, bini pun di di terajang.
Hah...gitulah masalahnya.
Eh panjang pula taip, tadi tengok cempedak mahai RM18/kg...hat depan ni murah RM7/kg. 😅