Baru ni saya bagi tau kawan yang saya dan isteri akan menunaikan ibadah umrah.
Kawan saya yang juga seorang ustaz sebut..
Doakan kebaikan ana semasa di haram makki dan haram Madani.
Maksud ustaz ni ialah tanah haram Mekah dan tanah haram Madinah.
Kebetulan pulak kerajaan Malaysia sekarang ni juga dikenali sebagai kerajaan Madani.
Madani boleh bawa Maksud tamadun, maju dan juga Madinah.
Dan kota Madinah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w itu maju dari segi pemikiran, akhlak dan ekonomi.
Sama seperti tujuan Malaysia Madani yang dilakukan oleh YAB PMX Datuk Seri Diraja Anwar Ibrahim.
Nabi Muhammad s.a.w apabila tiba di Madinah, pertama sekali dia buat ialah Perpaduan.
Perpaduan penting untuk bangunkan sesebuah negara yang kuat dan makmur.
Kalau kita belajar bab sejarah Arab ni, tau lah kita betapa berpecah dan bersengketanya suku kaum Arab ni.
Teringat pulak bab PMX yang akhirnya ditakdirkan untuk jadi PM. Dan beliau jadi PM kerajaan Perpaduan.
Seorang negarawan lebih pentingkan negara, dan akan satukan rakyat. Pemimpin sebenar akan tolak tepi persengketaan dan persaingan politik.
Tahniah lah kepada PMX Anwar Ibrahim, SUA DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Muhammad Sabu, Pengerusi BN Zahid Hamidi, Pengerusi GPS Abang Jo dan Pengerusi GRS Hajiji serta Presiden Warisan Shafie Afdal. Sebab mereka pilih patuh kepada titah YDPA untuk bina kerajaan Perpaduan.
Inilah ciri-ciri Negarawan.
Rakyat kena ingat. Jika kita kurang bersengketa, beri peluang kepada kerajaan yang dipilih untuk bekerja, Insya-Allah ekonomi kita akan hebat dan yang untung adalah rakyat
Sejak PMX naik,
1. Budak sekolah dapat tandas selesa
2. Bantuan sekolah untuk semua murid dan semua sekolah.
3. Polis dan askar dibaiki kuarters dan kem mereka.
4. Doktor kontrak diserap tetap
5. TLDM dapat kapal baru dari Turkiye
6. Gaji Digital Madani naik
7. Gaji penjawat awam naik.
8. Bonus tertinggi untuk penjawat awam
Dan banyak lagi untuk disenaraikan.
Cerita balik bab Madinah ni...kafir quraish dulu, walaupun Nabi dah hijrah ke Madinah, mereka dengki dengan Nabi.
Sebabnya Nabi berjaya bangunkan Madinah yang dulu bukan apa-apa dan nama Madinah popular dikalangan pedagang.
Teringat pulak ada orang yang geram dan dengki dengan PMX yang aktif bertemu diplomat asing sama ada bagi tujuan diplomasi atau pelaburan. Serta ada juga dijemput khas sampaikan ucaptama persidangan hebat.
Sehingga PMX dan Malaysia dikenali sebagai
1. Pembawa suara Palestine
2. Orang tengah untuk selamatkan tebusan negara lain di Gaza
3. Selesaikan kes penghambaan rakyat Malaysia di Kemboja, Laos dan Myanmar
4. Menggerakkan sidang hal Palestin
Malaysia juga menjadi bualan pelaburan kerana berjaya menarik pelaburan CIP, cloud dan peralihan tenaga. Ringgit Malaysia untuk tahun ini adalah antara mata wang yang terbaik. Bursa Malaysia pula meroket tinggi.
Sejujurnya Malaysia kini berada di landasan yang betul dengan pemimpin yang tepat.
Namun sentimen dan fitnah oleh pembangkang terutamanya PAS menyebabkan kebaikan itu ditukar menjadi fitnah. Kesian bila agama ditunggang sehingga sesama muslim didoakan kehancuran.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menggugat kerajaan ini. Akhirnya terserah kepada rakyat.
Berfikir dan selidikilah setiap isu dengan kritis, supaya kita tidak terperangkap dengan pembodohan.
Insya-Allah banyak lagi kita boleh belajar dari sirah Nabi Muhammad s.a.w ni...Dan kita akan dapat lihat bagaimana usaha PMX cuba buat dalam konteks Malaysia.
Saya sertakan juga peta lama Madinah. Tuan puan boleh bandingkan dengan UIA di Malaysia. Siapa pandai sila komen.
Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka