Scam No One
𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔
Ada hati makcik ni nak menipu dengan fakta sains.
Hakikatnya dia langsung tak tahu mengenai peranan insulin.
Kalau dah jahil sains, jangan sesekali cuba baca scientific journal.
Semalam dalam video dia kata glucose ditukar kepada insulin dan akhirnya insulin jadi tenaga.
Teman rasa, tak perlu ambil paper Biology 101 untuk faham apa yang tertulis dalam petikan journal.
Cukup dengan pengetahuan Biology SPM.
Insulin merupakan chemical signal atau hormone yang membolehkan sel-sel badan mengambil glucose dari blood circulation.
Bila kandungan blood glucose level tinggi khususnya selepas makan, based on negative feedback mechanism pancreas keluarkan hormone insulin.
Peranan insulin adalah untuk mengekalkan homeostasis dengan memberi "arahan" kepada sel-sel badan mengambil glucose.
Maka blood glucose level akan kembali kepada constant state atau homeostasis.
Insulin deficiency menyebabkan kandungan glucose dalam darah akan kekal tinggi, khususnya selepas makan.
Kandungan glucose yang tinggi dalam darah is termed as hyperglycemia.
Makcik dalam gambar mengaku sebagai perawat yang merawat dengan 𝐟𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐈𝐛𝐧𝐮 𝐒𝐢𝐧𝐚.
Apa punya temberang, pendekatan Ibnu Sina adalah saintifik, iaitu evidence based.
Hakikatnya, pengetahuan 𝐌𝐚𝐤𝐜𝐢𝐤 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 mengenai sains adalah pada peringkat 𝐣𝐚𝐡𝐢𝐥 𝐦𝐮𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐛.
-JDBB-