KISAH KPG SUNGAI BARU

 

Gino Marvela. 


Pada 2 Julai tempoh hari GM ada tulis "dah tulis panjang2 siap akta" tiba2 algorithm FB/meta ini fresh automatik, semua penulisan itu hilang. Kalau sebelum update, pemua penulisan td akan masuk ke draft automatik.


Isunya ialah Kg Sg Baru hat minah Rafidah Ibrahim bising2 di tiktok tu. 


Pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri di kenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru, proses pengambilan tanah bermula sejak 2016 sejak Najib jadi PM lg. 


Rundingan antara pemaju + penduduk dah berjalan lama, berapa tawaran ketika itu ? RM300/kps.


Setelah PH1.0 menang PRU 14, sdra Khalid dari Amanah memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan cuba berunding dgn (pemaju + penduduk) menaikkan kpd RM800/kps. Kemudian  rundingan muktamat ekoran ketidakpuasan hati penduduk naik kepada RM1000/kps.


Ketika PH1.0 menawarkan RM1,000/kps untuk pemilik tanah Kg Sg Bharu, Annuar Musa kata tawaran itu tidak mencukupi, dan kerajaan ketika itu sepatutnya perlu menetapkan harga mengikut “harga pasaran”.


Tak cukup dgn saranan Annuar Musa, Najib turut berkata dalam hantaran Facebook bertarikh 21 September 2019 bahawa harga tanah di KLCC yang terletak bersebelahan Kampung Bharu mencecah RM3,000/kps.


Penduduk bila dengar Annuar musa kata begitu, Najib kata harga lg mahai...meluap2 marahnya penduduk dgn sepanduk kpd kerajaan PH. Parti politik yg kalah cuba bakarkan lg semangat di saat rundingan masih lg berlaku.


Akhirnya, berlaku "langkah tebuk atap" oleh Muhyiddin Yassin. Dan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu ialah Annuar Musa.

Apabila Annuar Musa di lantik sbg Menteri Persekutuan, kerajaan Muhyiddin + Pas + Bn (tebuk atap) telah menetapkan nilai pampasan begitu rendah sebanyak RM450/kps. 👈


Bukankah Annuar Musa sendiri pernah kata harga RM800-RM1000/kps yg di rundingkan oleh sdra Khalid di era PH1.0 rendah ? 😂


Arahan untuk mengambil tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 di wartakan pada 21 Jun 2021 (kerajaan tebuk atap Muhyiddin & Pas) dgn mengunakan kuasa penuh darurat. Ketika itu, Parlimen di tutup dan Malaysia di bawah perintah darurat (Total Lockdown).


Malah berita pengambilan tanah tersebut menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 di buat secara senyap2 oleh kerajaan tebuk atap Muhyiddin. 


Sewaktu penyiaran warta Sekyen 4 dan 8 akta tersebut di keluarkan, penduduk Kg Sg Baru di beri masa yang pendek iaitu selama 4 hari sewaktu perintah darurat (lockdown), di buat bukan pada hari bekerja.


Ok, pasai minah bernama Rafidah Ibrahim yg buat video tiktok & sosial media perangat habih isu Kg Sg Baru...


👉 Dari apa yg kami di fahamkan, setelah majoriti penduduk bersetuju dgn langkah tawaran pemaju:


1. Pampasan duit.

2. Di beri lori utk berpindah keluar sementara.

3. Pemaju bayarkan duit sewaan rumah di luar sehingga kondo siap.

4. Penduduk Kg Sg Baru yg pindah kembali semula dgn di berikan lot kondo mewah (bagi yg JV) setelah pemaju menyiapkan projek kondo tersebut.


Apa yg berlaku adalah masalah isu pusaka & tuntutan pampasan yg tidak setimpal setelah di bahagikan dgn waris2. Malah ada yg telah pun menerima duit pampasan...dah berbelanja sakan akhirnya tak cukup cuba bising lg. 


Jika ada pampasan di bayar RM1j, perlu di bahagi antara 8-12 orang adik beradik, berebut harta pusaka, masalah generasi yg dh meninggal tapi waris buat tak kisah & duduk luar.


👉 Mahkamah sendiri yg dh beri keputusan berapa banyak waris yg akan dapat, berapa biji buah kondo yg akan di terima. 


👉 Kebanyakan masalah ini adalah kpd mereka yg duduk flat ada masalah faraid di mana mereka tidak/belum lg menguruskan pembahagian harta. Duit pampasan yg di terima oleh generasi yg dh meninggal masih lg di simpan oleh Amanahraya.


👉 Dalam kes hat si Rafidah yg buat bising di tiktok itu di fahamkan ada masalah dgn perbincangan adik beradik & waris tidak menguruskan harta pusakanya, Amanah Raya sbg pemegang amanah.


Di katakan juga individu ini duduk jauh di Rawang & hanya simpan barang2 utk video tiktoknya di flat tersebut. Rumah flat tersebut bukannya atas nama si Rafidah, sebaliknya masih lg atas nama ayah ibunya yg sewaktu arwah itu masih ada telah nyatakan setuju utk JV dgn pemaju. 


* Besar kemungkinan tidak sempat buat apa2 tandatangan utk JV dgn pemaju, maka di berikan nilai pampasan atas nilai yg di persetujui saja dan di serahkan melalui Amanah Raya.


Ada penduduk di sana buat rayuan, dah dapat bayaran pampasan lebih dari apa yg di putuskan. 


Hat mana yg tak mahu JV, di beri pampasan lebih mengikut nilai hartanah sedia ada yg di putuskan ketika Muhyiddin Yasin jadi PM lg. Hat mana nak JV, di beri duit pampasan...kondo mewah...duit sewaan bulanan ketika duduk di luar dll sebagaimana di terangkan di atas. 


Apapun, itulah masalahnya... 😅

Panjang pula tulis, nak lukis tak jadi...😂