Nazri Hamdan
Pada saya ini adalah lebih kepada perubahan polisi kerajaan negeri dan bagaimana komuniti perniagaan membuat penyesuaian terhadap polisi tersebut.
Kalau boleh kita keluar dari konteks politik kejap.
Secara prinsipnya halang judi adalah benda baik. Tapi kelemahannya dalam perkara ini ialah ia barangkali kekurangan engagement sebelum perubahan polisi itu dilaksana.
Mana-mana dasar kerajaan pun, perubahan perlu juga dilihat dari perspektif stakeholders.
Jika kerajaan negeri hendak halang perniagaan judi, ini bermaksud mereka yang sebelum ini dalam ekosistem perniagaan judi perlu masuk ke dalam bisnes lain.
Keluar dari satu perniagaan kepada perniagaan lain bukanlah benda senang. Kalau kita tak biasa dalam perniagaan tu kemungkinan besar akan lingkup.
Cara yang paling baik mungkin cari partner. Tapi ia perlu masa. Nak tukar bisnes perlu masa.
Jadi, saya percaya perkara ini akan lebih smooth jika stakeholders engagement itu dilakukan secara advance mungkin dua tahun sebelum polisi itu diubah agar perniagaan judi ini boleh bersedia untuk berubah ke perniagaan lain.