Nazri Hamdan
Saya bagi pandangan saya.
Antara diesel dan petrol, kenapa mereka buat diesel dulu?
Empat sebab;
Pertama, majoriti guna petrol
Kedua; petrol bagi kesan langsung berbanding diesel kepada pengguna
Ketiga; diesel lebih banyak diseludup berbanding petrol
Keempat; mereka boleh monitor kesan inflasi dari subsidi diesel sebelum laksana rasionalisasi subsidi petrol
Adakah lebih baik laksana secara berperingkat atau terus sekaligus?
Kalau berperingkat akan bagi kebaikan pada pengguna tapi ia akan jadi lambat.
Lepas buat diesel, nak kena buat petrol. Masa yang lebih lama terpaksa diambil.
Kena ingat juga, kerajaan ada sasara defisit 4.3 peratus dan ini kena capai sebelum bulan December ni.
Penurunan defisit kepada 4.3 peratus tak boleh dicapai tanpa rasionalisasi subsidi petrol.
Jadi kerajaan dah tak ada masa. Cuma tinggal lima bulan sahaja lagi.
Kalau mereka nak tarik subsidi secara berperingkat, kena buat dengan cepat dari sekarang.
Tapi kalau makin lambat dibuat, ia akan dibuat secara sekaligus. Sebab ideanya, memang kena buat tahun ini.
Tapi saya percaya indicator utama yang mereka akan tengok ialah inflasi.
Kalau lepas beberapa bulan ni inflasi stabil dan di bawah 3 peratus, maka rasionalisasi subsidi petrol akan dilaksanakan.