*Posting panjang. Tarik nafas dan mohon baca dengan fikiran
terbuka*
1. Sepanjang hujung minggu lepas, saya upkan posting pandangan
saya mengenai setiap parti gabungan Pembangkang. Saya highlightkan kelemahan
dan kebaikan mereka. Their strengths dan their flaws.
2. Posting2 itu bukan untuk penyokong tegar parti. Posting
tersebut ialah untuk 51% pengundi Malaysia yang bukan ahli dan penyokong parti
politik. Senang cerita pengundi atas pagar. Mereka golongan terbesar.
3. Setiap kali saya berbicara tentang satu2 parti, saya dapat
backlash daripada penyokong mereka. Dicaci dan dikeji. Ada juga yang kata saya
dibeli. Astaga. Itu fitnah yang besar sekali.
4. Tapi ada juga orang sama parti, text saya dan ucapkan terima
kasih. Kerana benda ni mereka tak boleh nak cakap. Dan mereka harap pemimpin
mereka dapat buck up. Perbaiki keadaan sebelum terlambat.
5. Tujuan saya menulis dan komen sebegitu, saya nak tunjukkan:
i. Tiada parti yang sempurna, tiada pemimpin yang maksum.
Makanya, kalau boleh elakkan taksub dan totok. Kita sokong mana baik, bantah
mana salah. Ini mesej untuk pengundi muda.
ii. Demokrasi yang paling baik, bilamana majoriti pengundi dapat
maklumat yang menyeluruh. They made informed decision on facts and knowledge of
real politics. Perlu kaji baik dan buruk setiap pemimpin dan parti lalu pilih
yang terbaik. Bukan kerana nak menangkan parti semata2. Undi kita untuk
kebaikan negara.
iii. Saya sudah tunjukkan saya tahu banyak perkara baik dan
buruk semua parti utama Pembangkang, tapi saya tetap rasakan mereka tetap the
LESSER EVIL/ mudarat kecil kepada negara.
6. Apa saja flaws yang mereka ada, adalah sangat kecil
berbanding “the mother of all evil: CORRUPTION”. Ini kanser paling cepat yang
akan memusnahkan negara.
7. Ini yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun, 600 tahun lepas, dalam
bukunya Muqaddimah. Jadi rujukan ramai pemimpin di dunia. Beliau katakan
hedonism (cinta kebendaan), rasuah dan salahgunakuasa akan meranapkan empayar.
Ini terbukti dalam sejarah sekian lama. Negara tidak meranap kerana retorik
bangsa dan agama.
8. Venezuela, antara negara paling kaya rizab minyak pada tahun
90an, hancur dan lebur ekonominya dalam masa 30 tahun. Cepat sekali. Kerana
korupnya pemimpin mereka. Generasi dulu tak melawan dan tak buat apa, generasi
sekarang merasa bahananya.
9. Sri Lanka, 50 tahun permainkan politik kaum dan agama. Namun
yang membinasakan negara, adalah parti korup juga. Bila negara porak peranda,
pemimpin mereka lari ke Singapura. Bawa wang berjuta. Rakyat yang tanggung
akibatnya.
10. Oleh itu, saya sedar dan tahu, apa pun kelemahan pihak
pembangkang taklah sebesar mudarat mengundi Parti yang teruk terpalit dengan
rasuah dan salahgunakuasa. Memandangkan mereka masih tak berubah, mereka
perlulah disekat dari kuasai Malaysia. The very least, undi kita untuk elak
mereka menang 2/3.
11. Truth be told, saya penyokong dan pengundi UMNO sejak PRU11.
Saya tukar pada PRU14 kerana saya tahu kalau saya biarkan mereka berkuasa,
negara akan sengsara.
12. PRU15, saya akan tetap mengundi the lesser evil iaitu Blok
Pembangkang. Kerana saya percaya BN masih tidak berubah dan lubuk segala
rasuah. Ini kerana:
I. Banyaknya pemimpin mereka terlibat dalam kes rasuah. Ada yang
dah jatuh hukum, ada yang dah prima facie. Banyak lagi yang masih berjalan.
II. Presiden nya awal2 lagi sudah cakap, mereka nak PRU kerana
kes2 ini. Kalau dapat jadi Kerajaan, mereka nak AG sendiri. Ini sudah nampak
mereka nak cuci kes. Nescaya Merpati dan Rosmah Mansor akan kembali. Macam tiada
apa2 terjadi.
III. Ketua Pemudanya sendiri cakap “Kalau tiada rasuah, dunia ni
kiamat”. Seolah2 budaya rasuah itu diterima. Tiada usaha untuk membenamkannya.
IV. Parti komponen BN, MIC juga terpalit dengan skandal rasuah
PENJANA bernilai RM100 juta, maknanya rasuah ini bukan dalam UMNO sahaja.
13. Saya dengan ini menyeru, semua pengundi atas pagar yang
masih ragu2 nak mengundi, keluarlah mengundi. Defeat the greater evil. Jangan
buat untuk parti, buat untuk negara.
14. Kena ingat, no vote from us is one vote to them. Tu yang
mereka nakkan. #PRUBanjir ini
kita kena redah dan tunjukkan kuasa kita besar2an.
15. Mulai saat ini, saya akan terus menulis mengenai pemimpin
SAFT. Untuk pertimbangan pengundi atas pagar.
16. ASAL BUKAN UMNO pilihan kita untuk PRU ini. Kalau mereka
tambah baik dan jadi lesser evil kembali, kita boleh undi lain kali.
Salam hormat,
Liyana Marzuki