LEBIH BAIK POLIS CARI REMAJA INI TERLEBIH DAHULU. RAMAI YANG MARAH DAN MENGGESA CARI SAMPAI LUBANG CACING




LELAKI yang mengasari perempuan dan mengancam dengan menggunakan keganasan atau berkata kasar ke atas golongan hawa adalah lelaki yang bacul.

Golongan wanita seharusnya disayangi dan bukanlah dikasari. Jika berlaku pertelingkahan atau konflik seharusnya diselesaikan dengan cara yang sepatutnya.

Usahawan dan pelakon popular, Neelofa melalui Twitter miliknya pada Ahad berkongsi satu rakaman video memaparkan seorang pemuda melakukan keganasan terhadap seorang gadis.

 

Dalam video pendek berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang gadis ditumbuk bertubi-tubi dan diterajang seorang remaja lelaki tanpa belas kasihan.

Lebih menyakitkan hati, pemuda berkenaan dilihat mengambil seliparnya yang terjatuh di atas lantai dan terus menampar kepala gadis tersebut beberapa kali.

Turut kedengaran wanita berkenaan menangis kesakitan.

Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan pemuda tersebut mengundang rasa marah warga maya.

Seorang pengguna Twitter, @Armin berkata, wanita untuk disayangi, bukan dikasari apatah lagi dipukul bertubi-tubi.

"Tidak perlu pukul, patutnya berbincang elok-elok. Geram aku tengok," tulisnya.

Sementara itu, @bloomingsdale tidak dapat menahan kemarahan melihat rakaman video tersebut.

"Marah aku tengok video ini. Kalau dapat kat aku memang aku tampar dan terajang masuk. C****a betul, Tolonglah sesiapa 'tibai' si lelaki itu," katanya.

Belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti