LANGKAH AMANAH LANGKAH SUMBANG. KISAH DITEMERLOH DULU...AMANAH BOLEH LANTIK PEGAWAI PPD YANG MEMANG UMNO KARAT WAKILI AHLI PARLIMEN SAMPAIKAN BANTUAN. TAK ADA ORANG LAIN KA NAK WAKIL YB.

 

Ahli tak puas hati Amanah hilang 3 kerusi, AJK Johor dakwa ‘pemimpin lemah’




AJK Amanah Johor Mazlan Aliman berkata sebelum ini kerusi DUN Puteri Wangsa dan Ayer Hitam turut diberikan kepada Muda dan DAP.

PETALING JAYA: Tindakan Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Muda mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli, kata AJK Amanah Johor Mazlan Aliman.

Beliau berkata, sebelum ini kerusi DUN Puteri Wangsa dan Ayer Hitam turut diberikan kepada Muda dan DAP.

“Meskipun penegasan telah diberikan kepada pimpinan khususnya presiden dan timbalan presiden Amanah, ia gagal dipertahankan.

“Kerusi pinjam di Parlimen Ayer Hitam pun gagal diambil semula. Nampaknya, ia menjadi milik DAP buat selama lamanya,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata, dalam parti komponen PH, kepimpinan Amanah dilihat lemah dalam menangani rundingan kerusi yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.

“Sementara hari penamaan calon 5 Nov masih berbaki beberapa hari lagi, keputusan di Parlimen Tanjung Piai mesti dirunding semula. Kembalikan kepada Amanah seperti diputuskan sebelum ini,” katanya.

Katanya, Amanah mesti dilihat mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi itu.

“Barang diingat mandat kepimpinan diperoleh daripada ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan. Bahkan, mereka yang bertungkus lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihan raya.

“Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan rakan DAP, PKR dan Muda,” katanya.

No comments: