. Ini posting terakhir hari ni, mengenai BERSATU.
Senang cerita, Parti Bersatu ini tertubuh kerana Najib Razak.
Mereka tahu masa tu, UMNO sedang nazak. Skandal 1MDB sedang meletup di seluruh
dunia. Najib liabiliti dan mereka rasa perlu selamatkan Malaysia.
Maka TS Muhy bergabung dengan PM lama. PRU14, Tun M jadi PM
semula. Namun hanya kekal 22 bulan. Bila Kerajaan mandat rakyat PRU14
dikhianat.
Macam2 versi kita dengar. Buat kita confuse. Tapi satu yang
tidak boleh terpadam. Bersatu keluar dan tubuh Kerajaan dengan Kluster
Mahkamah. 17 bulan selepas itu Kluster Mahkamah yang jatuhkan dia. Kifarah
Allah atau karma itu real. Pengkhianat dikhianat juga akhirnya.
Masa mereka berkuasa, bukan nak pikirkan negara. Dijatuhkan
pelbagai Kerajaan negeri kerana nak berkuasa. Buat PRN Sabah juga sampai satu
negara trigger. 2 MCO yang merugikan negara. Belum lagi cerita derhaka Raja.
Pada saya simple, ini semua berlaku kerana they slept with the
enemy. Harimau ditanggung di belakang badan. Akhirnya mereka kena ngap.
Dua perkara saja yang saya boleh bagi merit. Satu, prinsip
mereka melawan Kluster Mahkamah dan tidak tunduk dengan tuntutan mereka.
Sampailah terpaksa hilang kuasa. Itu pada saya, suatu yang baik sekali.
Perkara kedua, personaliti PM Muhy disenangi kaum majoriti.
Ramai Penjawat Awam pun suka dia. Mereka lihat Bersatu sebagai alternatif
kepada UMNO. Abah ini juga puncanya.
Baru2 ini Merdeka Centre punya dapatan pun tunjuk dia calon PM
nombor satu. Kalah Anwar dan Zahid. Di tempat kedua dan ketiga.
Cuma satu mengenai TS Muhy yang saya tak berkenan. Cara dia
control media. Tiada langsung peluang wartawan nak buat sidang media secara
terbuka. Semua hanya scripted saja. Apa yang ditakut , tak tahu pula.
Seperkara lagi, yang kita angkat kening. Besarnya budget PN kali
ini. Mana datang sumbernya? Adakah wang negara juga? Adakah mereka berperangai
Parti Keramat nombor dua?
Yang pastinya, Bersatu dilihat sebagai alternatif kepada UMNO
sekarang. Melayu yang benci BN dan PH, akan undi mereka kerana mereka parti
tengah2. Bukan extreme right or left. Cuma sokongan bukan Melayu susah nak
datang. Kerana PAS ada di situ dan Gerakan tiada belang.
Kalau PRU ini PN can pull it through, Bersatu akan terus maju.
Kalau kalah, besar kemungkinan mereka akan terus terkubur. Lainlah mereka nak
swallow their pride.
Gabung semula sebagai Kerajaan Melayu Islam dengan BN. Kalau BN
tak dapat majoriti. Tapi mungkin kali ini, TS Muhy tak jadi lagi Perdana
Menteri. Nak dictate pun susah sekali. Takut Bersatu hanya mampu membatu di
situ.
Worst case scenario, ditinggalkan kawan sendiri. PAS melompat
dengan UMNO. Habis madu sepah dibuang, kata orang. Jadilah mereka seperti
Semangat 46.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
PS- esok pagi saya buat wrap up posting: “Asal Bukan UMNO.
Anything But UMNO”.