Calon ‘orang’ Zahid, nama besar dalam UMNO bakal digugurkan?Antara nama yang perasan Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa....bye-bye.....

 




Persiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai penyokong dalam parti yang setia dengan beliau sebelum ini.

 

Bayangan senarai ‘orang’ Presiden UMNO bakal terpilih dalam senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin menjadi kenyataan, menurut sumber parti.

Kenyataan terbuka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini calon yang dipilih perlu ada disiplin tinggi dan tidak besar kepala adalah amaran keras diberikan kepada kumpulan yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO tersebut.

Walaupun parti lain sudah mula mengumumkan barisan calon masing-masing di setiap negeri, nampaknya belum ada satu wakil daripada UMNO diumumkan sebagai calon setakat hari ini.

Malah, pemimpin UMNO sama ada Ketua Bahagian dan penyandang kerusi Parlimen setakat ini tidak berani mengumumkan diri masing-masing bakal dicalonkan, malah ada yang berhati-hati daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pencalonan.

Senarai calon sudah dihantar semua Bahagian UMNO seluruh negara untuk dipertimbangkan, namun ia belum menjadi jaminan nama yang disenaraikan itu bakal dipilih sebagai calon.

Untuk rekod, Zahid kini merupakan individu paling berkuasa dalam parti kerana statusnya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), ia bermakna watikah calon hanya akan ditandatanganinya.

Malah, terdapat penyandang kerusi Parlimen yang sudah mula menghidu nama mereka tidak tersenarai sebagai calon pada PRU-15 kali ini, ia menyebabkan keresahan dikalangan mereka, khususnya mereka yang berada di kem Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun menyedari bakal tersingkir, terdapat penyandang kerusi Parlimen mengambil langkah awal dengan mempromosikan diri sendiri untuk diangkat sebagai calon, hampir setiap hari penyandang kerusi Parlimen UMNO memuatnaik video pendek atau pun gambar dalam akaun media sosial bagi menunjukkan kerelevanan mereka dikekalkan.

Pelbagai program dan kunjungan rumah ke rumah dijalankan untuk menunjukkan mereka buat kerja di kawasan ketika ini.

Namun, sumber parti mengesahkan terdapat beberapa nama besar dalam UMNO khususnya bukan ‘orang’ Zahid bakal tercicir daripada senarai calon.

“Adakah individu seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan beberapa nama lain yang dilihat lantang terhadap Zahid akan disenaraikan semula?

“Kita tunggu sajalah nanti bila senarai calon diumumkan oleh Presiden,” kata sumber tersebut.

Untuk rekod, nama-nama disebut sumber diketahui umum sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Zahid, tidak kurang dikalangan mereka yang berani mengkritik secara terbuka.

Difahamkan, kelewatan BN mengumumkan senarai calon disebabkan beberapa pertimbangan dan risiko yang sedang dikaji bagi melihat sejauh mana implikasi kepada parti sekiranya mereka ini tidak dicalonkan.

Zahid menyedari PRU-15 kali ini adalah yang terpenting bukan sahaja kepada parti tetapi lebih penting buat dirinya yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah ketika ini.

Kes-kes Zahid masih sedang dibicarakan di mahkamah, jika kalah ia akan memberi kesan buruk kepada karier politiknya.

Bukan sahaja Datuk Seri Najib Razak yang sedang meringkuk dalam penjara akan susah hati, Zahid juga pasti akan lebih susah hati kerana bakal mengikut jejak sama rakan baiknya itu.

Penting untuk Zahid memastikan ‘orang’ yang sekutu dengan pendiriannya dipilih sebagai calon, ia juga boleh memudahkan dirinya diangkat menjadi Perdana Menteri Kesepuluh nanti.

Jadi, adakah ‘orang’ Zahid yang akan dipilih sebagai calon, atau ‘orang’ kem lain bakal menguasai pencalonan BN kali ini?