MAMPUKAH BERSATU DAN PAS BERTAHAN?

 


NORMAN RADZUAN


Satu parti musuh berbeza 

MAMPUKAH BERSATU DAN PAS BERTAHAN?

Dahulu mereka bersama mengumpul pemimpin Melayu atas nama Melayu tetapi kini mereka bergaduh sesama Melayu. Maka ramailah orang Melayu tertipu dengan propaganda Melayu.

Bersatu kata musuh utamanya Umno. PAS sanggah bukan UMNO tapi musuh utama mereka PH dan DAP. Pelik duduk daalm parti yang sama tapi musuh berbeza. Ibarat bawa kereta dua stereng.

Benarkah ada mengatakan pertemuan ini (gambar) agak sedikit tegang? Menjelang PRU15 ini giliran Muhyiddin merasai apa yang dirasai Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi.

Kamu Muhyiddin hanya dihormati kerana kuasa dan memberi kuasa (‘rasuah politik’). Kamu membentuk kerajaan dari pengkhianatan. Mana mungkin orang-orang khianat akan setia dengan perjuangan. Mereka hanya akn setia dengan kuasa dan jawatan. Lihat Zuraida dah dekat PRU angkat kaki sebab tahu Bersatu tiada kekuatan.

Hilang kuasa hilanglah kawan-kawan. Kamu jatuh kamu minta Anwar tongkat untuk kamu bangun. Tapi akhirnya kamu khianat. Wahai Muhyidin, orang khianat bukan orang baik untuk dijadikan kawan apatah kesetian.

Kerajaan PH bukan dijatuhkan oleh rakyat tetapi ia dijatuhkan oleh pemimpin yang khianat mandat rakyat.

Eloklah juga jika kalah nanti pemimpin scammer politik ini dihantar ke Myanmar jadi scammer profesional di sana.