LAAA...KENA KUTUK SIKIT DAH DOWN KOT....LAMA DIAM TIBA TIBA MUNCOI KATA CINA LIM NI KUTUK DIA....KEH...KEH

 


Saya puji kamu jika LCS siap ikut jadual, Guan Eng beritahu Hisham






Lim Guan Eng berkata orang ramai mahu jawapan daripada menteri ‘sebenar’, khususnya mengenai perkara seperti keselamatan negara.

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng membidas Hishammuddin Hussein kerana berkata bahawa beliau tidak akan memujinya, sambil mengatakan dirinya tidak ada masalah untuk berbuat demikian jika menteri pertahanan itu dapat memastikan kapal tempur pesisir (LCS) disiapkan mengikut jadual.

Sebagai maklum balas terhadap Lim yang menyenaraikannya antara 10 menteri yang mengecewakan rakyat, Hishammuddin semalam berkata Lim tidak akan sekali-kali menggambarkan beliau sebagai menteri yang berjaya, “walaupun sampai kiamat”.

“Hishammuddin silap kerana saya akan memujinya dengan serta-merta jika dia dapat memastikan kapal LCS disiapkan mengikut jadual,” kata Lim dalam kenyataan.

“Akauntabiliti penuh terhadap skandal RM9 bilion kapal LCS adalah lebih penting daripada Hishammuddin atau hari kiamat saya.”

Bekas menteri kewangan itu berkata, tindakan Hishammuddin menolak kritikannya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai kemarahan orang ramai terhadap RM6 bilion yang dibelanjakan untuk enam kapal itu, yang tiada satu pun diserahkan.

Semalam, Hishammuddin berkata Lim berulang kali menuduhnya sebagai antara menteri paling teruk, tetapi tidak menjustifikasi dakwaannya.

Katanya, dalam politik apabila kenyataan begitu dikeluarkan, “maknanya dia bimbang apa yang dah kita lakukan”.

Bagaimanapun, Lim membidasnya semula hari ini dengan berkata: “Berdasarkan logiknya yang terpesong itu, jika saya tidak bercakap tentang menteri lain seperti Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, maka Khairy adalah menteri yang gagal.”

Katanya, orang ramai mahu jawapan daripada menteri “sebenar”, khususnya mengenai perkara seperti keselamatan negara.

“Jawapan tidak bertanggungjawab Hishammuddin mengenai perkara perolehan pertahanan yang serius akan memberi gambaran negatif yang merendahkan keupayaan pertahanan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Projek LCS mendapat perhatian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas ia berkata RM6 bilion telah dibelanjakan sejak 2014 tetapi tiada satu pun daripada enam kapal itu disiapkan atau diserahkan.

Kapal pertama dijadualkan untuk diserahkan pada April 2019.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dari 2013 hingga 2018 dan antara yang memberi keterangan kepada PAC.

No comments: