Seronok juga baca berita tentang orang yang suka cakap merapu
ni. Boleh menghadirkan ketawa bila baca https://bit.ly/3RrV4Ss.
Hadi nak kata Amanah akan melutut kepada PAS, walaupun aku bukan
lagi ahli Amanah, tapi aku tak rasa itu mungkin berlaku.
Aku tinggalkan Amanah kerana sikap keterujaan pemimpin Amanah
kepada Mahathir. Tapi dari segi perjuangan rakyat, aku yakin mereka istiqamah.
Tak mungkin pemimpin Amanah rela bersekongkol dengan para
penunggang agama. Mereka jauh lebih baik daripada itu.
Kalau ditakdirkan Amanah berkubur pun (susah nak berlaku
sebenarnya), aku rasa pemimpin Amanah akan lari ke parti dalam PH.
Mungkin ada yang akan masuk Pejuang dan Muda. Tapi untuk kembali
kepada PAS, aku tak percaya. Setelah bebas dari belenggu kejumudan dan juga
pendewaan pemimpin, siapa yang mahu terjerat semula?
Lebih lawak, Hadi kata parti sekutu Amanah yang lain juga
terpaksa bergantung kepada PAS. Entah sumber mana yang dia kutip.
Semenjak 1999, PRU14 (2018) adalah pertama kali Keadilan dan DAP
bertanding tanpa PAS. Dan itulah juga masanya PH menang besar.
Macamana nak kata bergantung kepada PAS kalau tanpa PAS PH lebih
berjaya? Sebenarnya PAS punca kegagalan PH selama ini. Jadi liabiliti.
Tapi tak apa. Sikap ego dan sombong Hadi sebegini hanya akan
menguntungkan PH terutama Amanah. Jadi teruskanlah ego. Semoga kalah teruk di
PRU15 nanti. Guane boh?