Benarkah kerajaan Pas bebas korupsi? Ini cerita sebenarnya…


 

Benarkah kerajaan Pas bebas korupsi? Ini cerita sebenarnya… Penyokong Pas sering mendakwa bahawa kerajaan mereka bebas korupsi. Benarkah sedemikian?

Datuk Husam Musa telah di saman oleh Pas Kelantan melalui Syarikat Air Kelantan Sd. Bhd. Di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu (NO. Kes : SAMAN NO: DA-22NCvC-20-04/2018) kerana mededahkan korupsi yang berlaku. Akan tetapi Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak saman berkenaan pada 29/3/2021 dan mengarahkan AKSB membayar kos kepada Husam kerana pendedahan yang dibuat oleh Husam adalah benar.

Apakah yang didedahkan oleh Husam?

a. Bahawa Projek Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, Mengujilari, Mentauliahkan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (Reka & Bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II (Pakej 1) Jajahan Machang, Kelantan telah mengandungi unsur-unsur pengurusan yang pecah amanah.

b. Ianya bermula pada 11/1/2015 di mana Jawatankuasa Tender Lembaga Pengarah AKSB (yang dianggotai oleh pimpina Pas Kelantan) kali ke 26 Bil (5/2014) telah melantik CDAH CONSTRUCTION SDN BHD JV JANGKA PRESTASI SDN BHD untuk projek tersebut.

c. Pada 24/3/2015, perlantikan di atas telah diangkat untuk makluman Ahli Lembaga Pengarah AKSB (Majoritinya adalah pimpinan Pas Kelantan) (Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 79 (1/2015)).

d. Pada 22/1/2015, surat perlantikan dikeluarkan kepada CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD di mana pada tarikh tersebut syarikat tersebut masih belum didaftarkan.

e. Pada 9/3/2015, CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD ditubuhkan sedangkan surat perlantikan dari AKSB bertarikh 22/1/2015 dikeluarkan kepada syarikat yang belum diperbadankan.

f. Perjanjian Usahasama (Joint Venture Agreement) telah ditandatangani di antara CDAH CONSTRUCTION SDN BHD dan JANGKA PRESTASI SDN BHD telah diadakan pada 10/3/2015 namun perjanjian tersebut dimatikan stem hanya pada 25/3/2016 iaitu setelah melebihi tempoh setahun perjanjian tersebut dibuat.

g. Ekoran itu, satu surat pandangan bertarikh 18/4/2016 telah dikeluarkan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan berkaitan projek tersebut kepada Pengarah Eksekutif Syarikat AKSB yang mana Penasihat Undang-Undang Negeri menyatakan bahawa dari sudut undang-undang, tender sepatutnya dianugerahkan kepada syarikat yang telah wujud dan memasuki tender. Syarikat yang diberi tender dalam kes tersebut adalah syarikat yang belum wujud, tidak berdaftar dan tidak memasuki tender. Beliau juga turut menyatakan bahawa mengenai perjanjian usahasama yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat adalah sebagai kaedah rektifikasi permasalahan ini dan beliau percaya bahawa perjanjian tersebut hanya boleh diterima sekiranya Letter of Award dikeluarkan kepada syarikat yang telah wujud, berdaftar dan memasuki tender dan syarikat tersebut membuat perjanjian dengan syarikat lain yang ada kuasa kerja-kerja M&E dan perjanjian tersebut tidak boleh memperbetulkan (ractified) kontrak yang diberi kepada syarikat yang tidak wujud tersebut.

h. Sedangkan apa yang berlaku, sememangnya AKSB ada mengeluarkan tender untuk Projek Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, Mengujilari, Mentauliahkan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (Reka & Bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II (Pakej 1) Jajahan Machang, Kelantan dan telah mengawardkan tender tersebut kepada CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD.

i. Setelah perbicaraan penuh kes di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah berpendapat kenyataan Husam yang menyatakan bahawa “Secara tidak langsung, masalah bekalan air adalah kerana kegagalan pengurusan AKSB dan ada unsur-unsur pengurusan yang pecah amanah. Ini perlu kepada kajian ataupun penyiasatan oleh pihak-pihak termasuk oleh suruhanjaya oleh SPAN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain pihak.” adalah suatu kenyataan yang betul dan bukannya kenyataan fitnah. Kesemua yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan bukti dan fakta, bahawa satu salah urus telahpun berlaku.

No comments: