SOALAN MAHFUZ OMAR 3 OKTOBER 2022 AKAN DATANG

 

Tahniah kpd Ahli Parlimen Pokok Sena atas soalan² utk sidang bajet bulan depan..

Nampak gayanya.. Soalan² yg mungkin berakhir dgn tiada jawaban lisan..

#AmanahProgresifPeduli

#AmanahUntukMalaysia

#PakatanHarapan

Mahfuz Omar

  · 

Soalan saya untuk sidang bajet 2023 yang akan bermula pada 3 okt 2022 sehingga 29 nov 2022

1.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Menteri Kewangan menyatakan berapakah Jumlah cabutan khas (Special Draw) untuk tahun 2022 yang di luluskan untuk semua syarikat nombor ramalan

2.Dato' Wira Mahfuz Bin Haji Omar [Pokok Sena] meminta PERDANA MENTERI memberi penjelasan

a)kenapa ada sesetengah Penjawat Awam yang telah bersara wajib 60 tahun seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) MOSTI, MINDEF atau Ketua Perkhidmatan (Datuk Bandar Kuala Lumpur, AKAUNTAN NEGARA, MAMPU, VET, PERTANIAN, CIDB) diberikan peluang untuk berkhidmat secara Kontrak.

b)Adakah Perkhidmatan Awam di Malaysia ini ketandusan calon-calon yang berkalibar.

3.Dato' Wira Mahfuz Bin Haji Omar [Pokok Sena] meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan sekarang untuk menuntut kembali dana berjumlah RM3.6 bilion yang dipinjamkan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kepada syarikat SRC International yang pada masa ini sedang disita dan dibekukan oleh kerajaan Switzerland sejak 2012.

4.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) Mohon Perdana menteri menyatakan

a)apakah langkah yang di ambil untuk menstabilkan dan melonjakan harga getah yang berada pada paras yang rendah

b)apakah usaha membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang berdepan dengan kejatuhan harga getah dan peningkatan kos sara hidup

5.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Perdana Menteri menyatakan

a) Mengapakah Prosiding Suruhanjaya DiRaja berkaitan isu Tabung Haji dibuat secara tertutup tanpa dihadiri oleh wartawan dan orang ramai.

b)bilakah keputusan siasatan Suruhanjaya DiRaja isu Tabung Haji akan di bentangkan di Parlimen dan di keluarkan pada orang ramai

6.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk meneruskan operasi jawatankuasa siasatan dan tadbir urus perolehan dan kewangan kerajaan (JKSTUPKK) memandangkan jawatankuasa ini sangat produktif mengeluarkan laporan laporan berkaitan kecurangan perolehan kerajaan seperti laporan berkaitan pembinaan kapal LCS,dan bilakah ahli ahli jawatankuasa baharu akan di lantik.

7.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Pendidikan menjelaskan apakah status projek bekalan tenaga solar hibrit bagi 369 sekolah sekolah di pendalaman Sarawak yg bernilai RM1.2 bilion yang telah terkait dalam kes rasuah RM187.5 juta dan suapan RM6.5 juta. Bilakah ia diteruskan dan bila jangkaan siap sepenuhnya.

8.Dato' Wira Mahfuz Omar mohon Menteri Pertahanan menyatakan apakah tindakan lanjutan yang diambil kerajaan terhadap kelemahan dan kecuaian yang berlaku di dalam pelaksanaan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) sebagaimana yang didedahkan dan ditimbulkan di dalam laporan PAC dan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

9.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon menteri Sumber Manusia menyatakan

a)apakah peluang pekerjaan kepada 72 peratus bersamaan 390 ribu lepasan SPM yang memilih untuk tidak melanjut pelajaran selepas tamat SPM seperti mana laporan DOSM.

b)Dengan kemasukan pekerja asing yg baru disamping yang sedia ada, apakah peluang Pekerjaan untuk mereka yg tidak mempunyai kemahiran selain dari SPM.

10.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Menteri Pengangkutan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana mana pihak berkaitan salah laku membabitkan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang dilaporkan oleh jawatankuasa kira kira kewangan negara (PAC).

Soalan bertulis.

1.Dato'Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Perdana Menteri menyatakan statistik pesalah rasuah mengikut umur,bangsa dan agama yang telah disabit atau masih dalam peringkat rayuan Mahkamah dari tahun 2020 hingga 2022

2.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Menteri Pengajian tinggi senaraikan jumlah pelajar yang mohon IPTA, berdasarkan jumlah yang layak dan jumlah yang diberi tempat, mengikut kaum bagi tempoh 2018, 2019, 2020 2021, 2022.

3.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Kewangan senaraikan secara terperinci penerima projek secara direct award dan nilai kontrak bagi tempoh tahun 2020 - 2022.

4.Dato' Wira Mahfuz Omar ,(Pokok Sena) mohon menteri Perdana Menteri menyatakan jumlah gaji dan elaun serta bonus bagi CEO di PNB, TH, KWAP, KWSP, Ltat, Cimb Dan maybank bagi tempoh 2020 Dan 2021.

5. Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena ) Minta menteri sumber manusia beritahu pecahan pekerja sektor informal yang mencarum dalam skim di perkeso sejak tahun 2019 hingga kini Mengikut kaum.

 

No comments: