AMIR ARTIS YG WAJAR DICONTOHI…

 


NORMAN RAZDUAN


Artis jgn tayang kemewahan bila susah rayu masyarakat

AMIR ARTIS YG WAJAR DICONTOHI…

Amir Raja Lawak selalu diperlekehkan samada rakan pelawak mahu sesetengah masyarakat lawaknya dianggap tidak menarik…

Tapi maaf saya tetap mengkagumi Amir. Tak mengapalah Amir tidak pandai melawak tetapi saya kagumi kegigihan diri Amir berusaha dlm meneruskan kehidupan.

Sikap ‘humble’nya itu walaupun dikenali ramai sanggup berniaga kecil kecilan tanpa berasa malu dan tidak meminta minta. Amir berusaha sendiri dan berbangga dgn apa yg dia ada.

Artis2 skg bukan main sombong pada masyarakat atau peminat tunjukkan kereta mewah, rumah mewah dan photo2 ke luar negaranya.

Bila berlaku Pandemik… ramai artis2 yg sebelum ini kelihatan mewah terus memohon bantuan. Show tak ada, offer lakonan tak ada… seolah olah masyarakat di luar sana tidak susah.

Terus merayu pada kerajaan, salahkan kerajaan tak beri bantuan, salahkan persatuan tak hulur bantuan dan merayu pada masyarakat (peminat)utk bantuan… waktu senang?

Ehh… waktu byk offer atau show sana sini bukan main dgn Velfire dan BMW. Habis ditayangkan kpd masyarakat dimuatkan di dlm Tik Tok, FB dan IG… andalah manusia yg kaya.

Ya kita faham kehidupan manusia ada pasang surutnya.. itu lumrah. Tapi waktu air tgh pasang jgn sombong menaiki kapal hingga lupakan daratan. Beringat ingat waktu senang dan bersederhanalah dlm kehidupan.

Tiada apa yg perlu sgt dibangga berbelanja macam tiada hari esok hanya utk menunjuk nunjuk pada masyarakat kamu selebriti yg kaya. Dah ramai artis2 sebelum kalian yg sgt popular tetapi pengakhir karier terpaksa meminta bantuan. Belajar dari kesilapan org yg lebih senior.

Satu hantaran di laman sosial membuat saya tersentuh. Kata Amir, “Nk tukar tali jam macam mahal,ambik yg bajet sikit kita tukar dan repaint je tali jam ni.” Semoga Amir murah rezeki.. Amin.