MENYELAMATKAN HUTAN REKREASI AWAM SATU JENAYAH?









Oleh Khaidir Ahmad

@ Wartawan Tua

Tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke KLIA sebelum ke Sabah malam ini, saya menerima panggilan telefon daripada seorang Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, Pahang.

Beliau meminta saya datang ke IPD Maran untuk memberi keterangan berhubung posting saya mengenai usaha menyelamatkan Hutan Rekreasi Awam Bukit Makro Maran daripada musnah dek kegiatan pembalakan pada bulan Februari lalu.

Memandangkan saya hanya akan pulang ke Semenanjung pada Ahad ini, maka saya menangguhkan pemberian keterangan saya itu kepada hari Isnin.

Saya sudah biasa menerima panggilan daripada Pegawai Penyiasat Polis, mahupun memberi keterangan kepada polis.

Tidak ada apa-apa yang perlu saya takut atau risau selagi saya melaporkan perkara yang benar, lebih-lagi yang membabitkan kepentingan awam.

Cuma saya agak musykil kerana:

1. Mengapa hanya selepas 5 bulan posting saya mengenai rancangan pembalakan di Hutan Bukit Makro Maran dimuatnaik, hanya sekarang saya dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan mengenainya?

2. Adakah unsur-unsur salahguna kuasa atau campurtangan politik yang mengarahkan siasatan terhadap saya ini sekarang?

3. Apakah lagi keterangan yang diperlukan kerana laporan dalam posting saya sudah lengkap, termasuk bukti bergambar mengenai papantanda lesen pembalakan yang memaparkan tarikh berlakunya lesen pembalakan berkenaan?

4. Memandangkan saya akan memberi keterangan dalam disoalsiasat oleh Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Maran, maka adakah laporan saya mengenai usaha menyelamatkan Hutan Rekreasi Awam Bukit Makro Maran itu satu kesalahan jenayah?

Apapun, saya yakin dan percaya PDRM masih mempunyai kredibiliti untuk menyiasat dan mengambil tindakan secara adil dan telus terhadap kes kepentingan rakyat yang dikendalikan oleh badan berkenaan.

InSyaAllah saya akan hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Maran pada hari Isnin ini untuk untuk memberi keterangan secara sukarela dan tanpa paksaan.

Rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

C.C Dato’ Peguam Tua Shamsuddin Nawawi dan Tuan Peguam Marhaen Ahmad Nizam Hamid

#wartawantua

#suararakyat

#alammarhaen

 

No comments: