SEJAK BILA DR MUJAHID JADI MENTERI



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Semalam Haji Reaktor tanya apa respond Amanah terhadap double standard statement Peguam Muda.

Yang saya pelik sejak bila pula Amanah jadi kerajaan; dulu masa Amanah jadi kerajaan, geng depa juga bedal kiri kanan kata Islam terancam dan berdoa dapat kerajaan persis Saddam.

Jadi memandangkan kerajaan ini juga adalah kerajaan jaminan puak mereka, kenapa Amanah pula nak kena bersuara; bukankah ini sebahagian dari pakej "rahmatan lil fasikan wal kafirin" yang di ratib dulu?

Last saya check, yang makan elaun Menteri Agama adalah Deris Sagon, bukan Mujahid.

So bila Amanah jadi kerajaan, Amanah kena bedal, bila Amanah jadi pembangkang pun kena bedal juga?

Masa Mujahid jadi menteri banyak insiatif baru dia buat, selain dari kempen "rambutan pak amin", dia juga berjaya bentang RUU Guaman Syarie. Tapi saya faham, nak kritik lebai PAS macam mana kalau mereka tak buat apa-apa dan hanya makan sagon; sembang waktu pembangkang konon perlu 5 hari sahaja. RUU355 sampai ke la tak tahu hujung pangkal. Bentang lepas tu tangguh, balik di airport terus julang bagai wira.

Lepas itu dia mai sembang bab surat Mujahid ke Nurul Izzah; yang mana saya tak faham apa releven dengan konteks asal peguam Muda tadi. Macam buat dissertation tajuk A, tapi tang viva dia syok ulas sampai tajuk B.

Next dia tulis pasal peguam DAP pula sebab sanggup jadi peguambela tertuduh. Dah mamat tu belajar guaman, mestilah dia jadi peguam takkan dia nak jadi reaktor pula.

Dia macam ini Tuan Haji Reaktor.

Kita sebagai rakyat Malaysia nak memastikan kedaulatan undang-undang di tegakkan dalam negara tak kira siapapun. Jadi hak untuk mendapat peguam adalah penting terutama sekali dalam kes jenayah dan di peruntukkan dalam perlembagan persekutuan Artikel 5(3).

Jika kita berkehendak yang keadilan di laksanakan dan di tegakkan dalam negara, adalah perkara yang biasa kalau ada peguam yang mewakili mana-mana defenden dalam kes jenayah (tak kira lah hina Islam atau hina agama lain). Kita tahu kalau mahkamah jatuhkan hukuman bersalah selepas di bicara, maknanya Mahkamah telah berpendapat yang dia telah di hukum melalui prinsip "beyond reasonable doubt". Ini bermakna dia telah betul-betul bersalah, dia melakukan kesalahan tersebut dengan niat dan semua alasan lain contohnya OKU telah di tolak.

Persoalan saya, adakah haji reaktor suka tertuduh tersebut tak di wakili peguam dan terus di sumbat dalam penjara tanpa perbicaraan yang adil? Dulu Saddam suka buat macam ini di Iraq, siapa lawan pemerintah terus kena penjara tanpa bicara.

Kalau macam itu tukar aje semua undang-undang kanun kesiksaan kepada ISA atau SOSMA, semua suspek boleh tahan tanpa bicara. Oh bab tahan tanpa bicara ini, peguam Amanah selalu lawan tapi kalau yang tunnel vision mereka tak nampak semua ini.

Nak kritik boleh tapi jangan falasi sampai ke lubang arnab. Di luar Malaysia, orang biasanya kritik kerajaan yang memerintah sebab gagal dalam sesuatu polisi tapi tak pernah pula dengar orang kritik pembangkang sebab kegagalan kerajaan yang memerintah.

Kalau nak cerita double standard sampai esok tak habis; contohnya isu sekolah vernakular, tulisan jawi, pemabuk arak langgar sampai mati; sampai sekarang masih status quo kan?

Jadi soalan penutup saya, adakah Islam terancam di bawah kerajaan Neyu Isley?

Demikianlah...