INI TEGURAN YANG RAFIZI LUAHKAN- IANYA BUKAN MENGHINA ATAU MENYANGGAH , TETAPI SESUATU PERLU DIPERBAIKI.JIKA ANDA MENGENDALIKAN BERITA, ANDA AKAN DAPAT MELIHAT HITS BACAAN BERKAITAN YANG DIGEMARI.MUNGKIN BUKAN SATU KEJIAN, TETAPI IANYA ADALAH REALITI.

 

Anwar perlu ambil maklum kejatuhan populariti, kata Rafizi





Rafizi Ramli berkata, adalah penting bagi parti dan kepimpinannya tidak membodek Anwar Ibrahim atau menghalangnya daripada mengetahui fakta sebenar.

SHAH ALAM: Bakal Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, berkata presiden parti, Anwar Ibrahim, patut mengambil maklum dapatan kajian yang mendakwa ketua pembangkang itu sedang mengalami kemerosotan populariti.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Kongres PKR, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sekiranya beliau menjadi Anwar, beliau akan menerima dapatan kajian berkenaan kerana ia memberi kesan langsung kepada Pakatan Harapan (PH), menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Apa yang penting adalah parti dan kepimpinan baharu tidak terlalu berusaha membodek Anwar atau pertahankannya. Anwar is Anwar…dia tidak perlu dipertahankan,” katanya.

“Masalah timbul apabila terdapat kelompok di sekeliling Anwar yang sering merasakan mereka perlu membelanya sehingga tidak boleh ada fakta yang dilihat menyentuh presiden parti itu. Kita tak boleh melakukan seperti itu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya tidak akan memainkan peranan itu…kerana jika saya merasakan ada sesuatu yang salah, saya akan bersuara demi kepentingan parti. Akhirnya, kita dinilai sebagai
satu parti.”

Kajian dilakukan Invoke, syarikat analitik dimiliki Rafizi, dalam dapatan kajian membabitkan 3,000 responden – dengan separuh daripadanya merupakan ahli PKR dan separuh lagi adalah pengundi.

Kajian menunjukkan Nurul Izzah Anwar dilihat mendapat penerimaan positif membabitkan 49% responden, berbanding Anwar, 29%.

Rafizi berkata, kejatuhan populariti Anwar bukan satu isu unik terhadapnya sahaja, sambil menyatakan kebanyakan pengundi merasakan “terputus” dengan PH secara keseluruhannya sejak lebih dua tahun lalu dengan terbukti merujuk prestasi gabungan itu pada pilihan raya negeri di Melaka, Sarawak dan Johor.

“Ia sama juga kepada Anwar, Lim Guan Eng (pengerusi DAP) dan Mohamad Sabu (presiden Amanah). Ia keseluruhan kita,” katanya.

“Saya tidak akan meminta maaf menyatakan kebenaran yang pahit. Kita perlu menerima seadanya. Apa yang lebih penting adalah melihat bagaimana kita boleh bangkit semula.”