SIKIT SIKIT KOT TEGURAN ANAK MUDA BARANGKALI...TAPI PERLU LEBIH CERMAT. ANWAR ADALAH IKON REFORMASI DAN SUDAH TENTU PENYESUAIAN BERSAMA ANAK MUDA TIDAK AKAN MENJADI MASALAH.

 


Rafizi tak perlu sanggah presiden dalam kongres, kata Anwar




Anwar Ibrahim berkata, Rafizi Ramli tidak perlu menggunakan kongres
 untuk memberikan pandangan negatif berkaitan dirinya sebaliknya
 boleh melakukan secara dalam parti.

SHAH ALAM: Presiden PKR Anwar Ibrahim menegur Rafizi Ramli supaya tidak menggunakan kongres parti untuk memberi pandangan negatif berkaitan dirinya, sebaliknya teguran boleh dibuat secara dalaman.

Anwar berkata, ketika berlangsungnya kongres parti sejak semalam, hampir 90% perwakilan mengusulkan supaya semua pihak memperkukuhkan parti.

“Saya tak mahu panjangkan isu ini, kerana Ini Rafizi. Kalau dia tak gunakan forum itu menyinggung sikit-sikit bukan dia.

“Saya harap mudah-mudahannya dalam beberapa perbincangan awal, saya pujuk dia redakan hal ini tumpu menyerang musuh, tumpu perkuat parti.

“Bila dia sibuk bab itu, dia tak nampak masalah dalaman ini kerana masalah dalaman boleh bincang, boleh kritik, boleh canggah, boleh bantah dalam forum dalaman. Itu adab jamaah, saya rasa dalam perbincangan tadi, 90%cakap hal sama,” katanya pada sidang media di Kongres PKR.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi bahawa popularitinya sebagai ketua pembangkang ketika ini mengalami kemerosotan.

Rafizi turut berkata sekiranya beliau menjadi Anwar, beliau akan menerima dapatan kajian berkenaan kerana ia memberi kesan langsung kepada Pakatan Harapan (PH), menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata PKR bukan seperti Umno, jika sesetengah pemimpin mengeluarkan kenyataan mengkritik presiden ketika perhimpunan tahunan, sudah pasti terdapat usul pemecatan.

“Cuma harus dewasa dan matang kerana kita berdepan masalah segera terutamanya menghadapi PRU dalam satu pasukan.

“Parti kita lebih terbuka tapi bila datang pilihan raya kita terbuka, soal pokok, soal dasar,” katanya.


No comments: