SAMBUTAN RAMADHAN BERSAMA FAUZIAH SALLEH

 


AHMAD SHAHRIL

WARGA KUANTAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Ramadhan Al Mubarak akan kunjung tiba dalam sehari dua lagi. Tentu sekali ianya sesuatu yang di nanti-nanti oleh kita semua. Bulan penuh keberkatan ini tentu sekali ingin kita sambut bersama dengan keluarga dan sanak saudara juga.
Disini saya ingin sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan anda semua melalui Program Jualan Mega di 3 tempat serentak di dalam kawasan Parlimen Kuantan dengan menawarkan potongan harga sehingga 50% keatas barang - barang keperluan harian. Pejabat Ahli Parlimen Kuantan bekerjasama dengan pasaraya tempatan untuk membawakan yang
terbaik
kepada warga Kuantan.
Semoga usaha ini dapat meringankan dan menceriakan anda serta keluarga sempena menyambut Ramadhan yang di muliakan ini.
3 lokasi tersebut ialah (Bermula jam 10 Pagi)
1) Dewan Perkampungan Sg Isap 2
2) Dewan Sri Inderapura, Taman Sri Inderapura
3) Pasaraya Koop Ummah

 








No comments: