KEJUJURAN MASIH ADA?- HUSAM MUSA

 




8

                                                                                7


                                                                            

                                                                                6

                                                                                       5         




                                                                                    4






KEJUJURAN MASIH ADA?

Masih menyambung diskusi saya bersama Tuan Sup MB seputar hutan Simpan Kekal Sungai Durian.

Kali ini - bertolak dari ucapan YAB MB Kelantan di DUN Kelantan sehari dua lalu yg antara lain berkata : 'Kita tidak akan sia-siakan harapan rakyat supaya dijaga Hutan Simpan Kelantan.

Kerajaan Negeri amat menitik beratkan penjagaan alam sekitar...

Kita harap bahawa akan datang ni akan jaga betul-betullah kepentingan hutan ini dan InsyaAllah kita tidak akan sia-siakan lah harapan rakyat supaya dijaga Hutan Simpan ini'. 30 Mac 2022 - seperti kandungan clip di bawah.

Sekarang, saya membawa tuan Sup MB meninjau apa yang berlaku di HSK Sg Durian secara foto dan clip video.

Antara kelulusan pembalakan tebang habis untuk tanam getah(TLC) di HSK Sg Durian. Rujuk Gambar 1.

(Untuk nota tuan Sup MB, bagi kelulusan kompartmen 96, 97 dan 102 yg tertera dalam papan tanda di atas belum saya senaraikan dalam posting semalam. 350 hektar tambahan dari semalam).

Sekarang kita lihat apa terjadi sekitar Hutan Simpan Sg Durian dua hari lepas. Hari YAB MB memberikan ucapan di atas.(Terima kasih banyak pada rakan-rakan yg sudi membantu saya mendapatkan footage paling terkini untuk dikongsi bersama Rakyat Kelantan yg lain).

(Rujuk gambar 2,3,& 4,)

Perhatikan tebing sungai.

(Rujuk gambar 5,6 ,7,8 & Video 9)

Zon penampan sungai dihormati?

Hutan Simpan macam ni? Atau padang pasir simpan kekal?

'Kerajaan Negeri amat menitik beratkan penjagaan alam sekitar...'. MB Kelantan.

Ada kejujuran dalam kata-kata?

Kesannya kepada sungai?

Lihat pemendapan lumpur dan pasir dari bukit yg digondolkan, ditarah dan

ditereskan.

Untuk laporan lebih mendalam mengenai kesan alam sekitar khususnya pada mutu air dan aliran sungai, boleh baca laporan oleh Kuasa seperti di gambar 10,11,dan 12.

Sangat menintik beratkan alam sekitar?

Telus?

Apa respon terhadap laporan seperti ini?

Ada syarikat didenda?

Ada pemantauan?

Ada inventori kehilangan flora dan fauna buat selama-lamanya dibuat?

Ada pembentangan progres dan isu-isu terbabit?

Kata-kata yang manis tidak mencukupi. Allah melihat tindak buat kita.

Kerosakan telah berlaku di daratan Bumi Kelantan.

Ini bukan masa untuk mengabui mata rakyat dengan kata-kata kosong.

Saya beralih sedikit kepada sains tanah. Saya tidak lah arif mengenainya. Sekadar terbaca sedikit sebanyak.

Setahu saya, kawasan HSK Sg Durian adalah merupakan kawasan batuan granite/igneus/high grade.

Apabila lapisan atas dan sekitarnya dirosakkan, secara automatik kawasan bawahannya akan punah ranah dengan cara gerakan bawaan air, seperti yang boleh kita perhatikan dari foto-foto di atas dan rungutan penduduk kampung.

Adakah ini bukan kerosakan di daratan?

Belum mengambil kira kehilangan habitat makhluk Allah yang lain serta kesan ke atas cuaca dan iklim. Lebih-lebih lagi, pembukaan seperti ini berlaku hampir serentak dan meluas.

Saya cadangkan eloklah Kerajaan Negeri memanggil pakar-pakar dalam tajuk ini memberikan pandangan. Bertanyalah pada para ahlinya sekiranya anda kurang arif. Sebelum sepenuhnya terlambat walaupun kini sudah dikira separuh terlambat dengan keluasan lebih 200,000 hektar hutan simpan paling berharga sudah melayang selama-lamanya.

Ini di HSK Sg Durian.

Hutan Simpan Kekal yg lain juga diberikan kelulusan tebang habis yg sama.

Untuk sekadar meyakinkan tuan Sup MB akan hal ini, saya perturunkan sebahagian surat kelulusan itu.

Hutan Simpan Gunung Basor

(Bertarikh 25 Mei 2021)

Rujuk Gambar 13

Hutan Simpan Sg Brok

(Bertarikh 15 Disember 2021 - masih baru)

Rujuk Gambar 14

Hutan Simpan Lebir

(Bertarikh 22 Nov 2021 - masih baru)

Rujuk Gambar 13

Saya membuat posting ini pada hari Juma'at terakhir bulan Sya'aban yang mulia. Dengan harapan timbul kesedaran untuk menghentikan kerosakan ini dan menzahirkan kebenaran atas apa yang saya cuba betulkan.

InsyaAllah kita bersambung esok.

Husam Musa

29 SYA'BAN 1443H

1 April 2022

*Rakan-rakan juga boleh muat turun penulisan di atas dalam format PDF di https://t.me/husammusa/198

 

No comments: