INI SAHAJAKAH JAWAPAN NAJIB PADA RAFIZI. HOALOH.....




Ini jawapan Najib Razak kepada posting Rafizi. Machai Najib bukan main bangga lagi. Aku share ss je sebab aku taknak promote page Najib. Nak baca boleh pergi ke page dia.

Ok. Najib cerita panjang lebar dan dakwa Rafizi tak jawab soalannya. Tapi apa persoalan asal Rafizi? Persoalannya adalah, perlukah selamatkan Sapura dengan duit rakyat?

Dari awal yang Rafizi sentuh adalah soal gunakan duit rakyat. Rafizi bentangkan soal bonus dan gaji cuma untuk tunjukkan yang syarikat ini rugi kerana boros dalam urusan itu.

Jadi sebenarnya Rafizi dah menjawab persoalan dengan jelas. Dengan cara pembayaran gaji dan bonus yang melampau, menyelamatkan syarikat ini hanya risikokan duit rakyat.

Yang Rafizi sentuh dari awal adalah hal pengurusan syarikat. Jika diselamatkan pun, tetapi masih boros seperti ini, Sapura akan rugi lagi walaupun selepas diselamatkan.

Ok. Yang kelakar bila Najib tanya mana suara Rafizi masa anak Mahathir jual saham pada tahun 2015 hingga 2017. Eh? Kenapa tanya Rafizi? Masa itu kan Najib yang PM? Rafizi pembangkang masa tu!

Macam Najib kata, masa tu Sapura bukan GLC. Kalau Najib pun tak boleh kawal, kenapa dia nak suruh Rafizi bersuara pula? Najib macam kehabisan idea pula tulis begitu.

Tahun 2019 kerajaan yang ditadbir PH jadikan Sapura GLC. Rafizi tiada dalam kabinet. Dan untuk pengetahuan Najib, kami pun tak suka dengan Mahathir tu.

Tapi langkah itu tak salah sebab macam Najib kata, Sapura syarikat kedua terbesar. Jadi kalau jadi GLC, tentu kerajaan boleh dapat untung.

Tapi syarikat itu terus rugi. Itu mengiyakan apa yang Rafizi kata. Kalau terus selamatkan syarikat yang sebegini, berapa banyak lagi duit rakyat akan terkorban? Lagi dengan keadaan di mana rakyat lebih perlukan bantuan.

Jika perlu dijual, jualkan sajalah. Kalau syarikat ini kukuh, pasti akan ada yang beli. Para pekerja tak akan dibuang sewenangnya kerana syarikat yang ambil alih masih perlukan mereka untuk teruskan operasi.

Cuma bila dijual kepada syarikat lain, maka semua lembaga pengarah, geng geng gaji besar yang akan hilang jawatan. Geng ini sebenarnya yang Najib nak selamatkan.

Aku tak ada isu dengan syarikat ini. Aku sendiri ada berurusan dengan syarikat ini. Tapi dengan orang bawahan je. Dengan yang gaji berjuta tu aku tak pernah jumpa.

Sebab itu memang berat sikit kalau aku nak komen lebih-lebih tentang syarikat ini. Aku tulis sikit camni kira ok la kot... Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: