( VIDEO ) Lelaki terpaksa berpaut di tiang selama 7 jam gara-gara ular tedung menyelinap masuk dalam seluar ketika tidur

 

Lelaki terpaksa berpaut di tiang selama 7 jam gara-gara ular tedung menyelinap masuk dalam seluar ketika tidur


Ketika sedang tidur nyenyak, seorang lelaki di Kampung Sikandarpur, Uttar Pradesh, India. dikejutkan dengan seekor ular tedung yang memasuki seluarnya!

Bagaikan mimpi ngeri jadi kenyataan, lelaki tersebut terpaksa menahan azab berdiri selama lebih kurang tujuh jam sambil tangannya memegang tiang kerana bimbang ulat tedung itu akan mematuknya.

Times Now melaporkan, insiden itu berlaku di penempatan sekumpulan pekerja buruh yang bekerja memasang tiang dan wayar elektrik

Ketika insiden itu berlaku, lelaki malang Lovekesh Kumar dilaporkan bersendirian di lokasi kejadian manakala rakannya yang lain pulang ke rumah selepas makan malam.

Terdahulu, Lovekesh yang terjaga dari tidur selepas ular tedung itu memasuki seluarnya terpaksa menunggu bantuan rakannya dan dilaporkan berdiri serta berpaut di tiang kerana khuatir reptilia itu mematuknya.

Aksi rakan Lovekesh menanggalkan seluar dan mengeluarkan ular berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi perkongsian satu video.

No comments: