'TAK PERLU PAS PUN, BERDUYUN-DUYUN ORANG MASUK ISLAM'


Image may contain: one or more people and outdoor


BOB KELANANG

Kejayaan pendakwah Ustaz Ebit Lew semalam mengIslamkan seramai 157 orang Bajau Laut di Pulau Tatagan, Semporna bukti tanpa Pas pun usaha dakwah tetap berjalan.

Itu antara reaksi rata-rata warganet apabila Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini berkongsikan kejayaan dakwah Ustaz Ebitt.

“Ebit Lew masuk baru berapa hari Sabah tapi dah dapat Islamkan satu kampung orang di sana.

“Pas perlu belajar dengan Ebit Lew cara dakwah yang betul. Pas wujud dari tahun 1951 lagi”, tulis Zulfadly Ruslan di ruangan komentar Facebook sayap anak muda parti sinonim warna hijau itu.

Tanpa menyebut secara langsung nama Pas, ada yang secara sinis menyifatkan pihak yang asyik ‘meratib’ Islam pun tidak mampu berbuat begitu

terbaik

seperti Ustaz Ebit.

Tindakan FB Pemuda Pas berkongsikan kejayaan Ustaz Ebit itu terus menerima kecaman.

“Tak perlukan Pas pun kan? Berduyun-duyun orang masuk Islam. Alhamdulillah”, tempelak

Ariff Kadir Al-Katami

 

Semalam, Ustaz Ebit memberitahu komuniti yang juga dikenali Gipsi Laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu berkata, ramai daripada mereka terbabit tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan membuatkan beliau berasa sebak - Fazli Radzi

 

No comments: