PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan

 

Hasimi Muhamad
PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri."Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Rentas negeri sehingga har ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.
"Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.