Azmin gagal jadi menteri, letak jawatan atau dipecat Muhyiddin

 


POSTER BY AMIR WRLR 


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Razeef Rakimin menggesa Azmin Ali dipecat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana gagal menjalankan tugas dengan baik, walaupun sudah bertugas dalam dua kerajaan berbeza.

Beliau berkata Azmin gagal membantu negara dalam memulihkan ekonomi dan keyakinan pelabur sedangkan banyak negara di dunia yang menghadapi krisis Covid-19 jauh lebih teruk dari Malaysia namun berjaya pulih.

"Pelabur telah hilang keyakinan sejak Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa dan kegagalan demi kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan pelabur menarik 'hand brake' untuk melabur di negara ini.

"Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dilihat tidak mampu membawa pelaburan apatah lagi mencari inisiatif bagi membangunkan ekonomi negara.

”Saya melihat hanya ada dua cara bagaimana kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh melonjakkan sedikit ekonomi negara, iaitu sama ada Azmin meletak jawatan selepas gagal selaku menteri kanan (Ekonomi) atau Muhyiddin memecat beliau dan menggantikannya dengan seseorang yang lebih mementingkan ekonomi negara berbanding agenda peribadi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Razeef juga menganggap Azmin tidak mendapat keyakinan daripada rakan sekutu PN iaitu UMNO.

"Beberapa pemimpin UMNO juga menimbulkan kegusaran berkaitan kerjasama parti itu dengan Mohamed Azmin apabila beliau dilihat seolah-olah 'terlebih sudu dari kuah' dan hanya fokus kepada agenda peribadi beliau serta kroni dalang pengkhianatan. Sehingga hari ini beliau tidak diyakini oleh sekutu beliau dalam PN," katanya.

Justeru, Razeef berpandangan, antara faktor yang menyebabkan Muhyiddin kehilangan majoriti adalah disebabkan Azmin.

"Ini menjadikan pentadbiran beliau dilihat semakin teruk bukan sahaja di mata rakyat malah di mata pelabur dari negara luar," katanya.

 

No comments: