Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini dapat 490 orang
masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung. Niat kerana dengar orang
memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara.
Melihat hidup mereka hidup atas air. Ada atas bot. Hidup atas
air sepenuhnya. Sekali-sekala ke darat. Mereka tiada agama. Sampai mereka
bertanya tentang tuhan. Kami tidak tahu tentang tuhan. Mereka dengan rela hati
ingin memeluk Islam. Sayu dengar mereka mengucap syahadah.
Syukur tadi selesai bawa kayu dan mula bina sekolah. Kami cadang
bina 3 sekolah. Tadi dah dapat 6 guru untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam.
Akhlak dan kasih sayang. Tadi dah letak kayu. Sebulan akan siap semuanya. Saya
akan bayar gaji guru. Dan akan cuba bantu mereka secara berterusan. Cikgu akan
tinggal disana.
Menangis jer hari ini. Terima kaseh Maritim menyediakan dan
bantu kami dari mula sampai habis. Terima kasih PDRM. Terima kasih Komando 69
dan PGA dan ATM. Terima kaseh Pengurusan Taman-taman Sabah yang memudahkan kami
bina sekolah. Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka. Ini sedikit
usaha kecil kami. Semoga menjadi asbab kebaikan.