KEH..KEH KEH....ORANG BARU DAPAT...TENGAH DOK CEWI LAGI DENGAN GELARAN Dr PHD

 

SAYA SEKADAR MAHU MEMBERITAHU...


Image may contain: text that says "TheStar The #26YearsOnline Log In However, the usage of the honorary "Dr" title is limited to within the awarding university. And no, recipients aren't allowed to put the "Dr" title in front of their names in public."

Anwar Ibrahim

- Ijazah Doktor Kehormat Universiti Negeri Padang, Indonesia

Musa Hitam

- Ijazah Doktor Kehormat Universiti Malaysia Sabah

Allayarham Ghafar Baba - Ijazah Doktor Kehormat Universiti Pendidikan Sultan Idris

Apa yang sama? Ketiga-tiga mereka ini adalah Mantan Timbalan Perdana Menteri, dan tidak ada seorang pun yang pernah menggunakan gelaran Dr di pangkal nama mereka. Kenapa? Kerana ia tidak dibenarkan, sekurang-kurangnya dalam konteks Malaysia, dibimbangi ia disalah faham, disalah guna, dan merendahkan martabat ahli-ahli akademik yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan ijazah doktor falsafah atau ijazah kedoktoran mereka. Keratan akhbar di bawah adalah dari The Star bertarikh 25 Jun 2017. Di seluruh dunia, pandangan jumhurnya begitulah, boleh meletak ijazah doktor kehormatnya di bahagian kelayakan, tetapi tidak boleh meletak gelaran Dr di pangkal nama mereka. Ada pandangan lain mengatakan boleh meletak gelaran Dr HC atau Dr Honoris Causa, bukan Dr semata-mata.

Keabsahan atau ketulenan anugerah itu suatu isu yang lain pula.

Tulisan ini tulisan umum. Tidak berkait dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Zukri Aksah

 

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98

 

#AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #LawanTetapLawan #keadilan21tahun #DSAI4PM #reformasi98 #GERAKANREFORMASI98 #GERAK98

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Mohamad Ezam Nor

Parti Keadilan Rakyat

Pakatan Harapan

Gerakan Reformasi Nasional