POSTED BY AMIR WRLR.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menawarkan perkhidmatan
ujian saringan Covid-19 iaitu RTK-Antigen bermula hari ini hingga 5 Februari
ini.
Ini bagi membantu warga Lembah Pantai yang kurang berkemampuan jika dijangkiti dengan Covid-19.
Perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga serendah RM70 berbanding harga di klinik kerajaan dan swasta yang bernilai lebih RM100.
Mereka yang berminat perlu membuat temu janji terlebih dahulu melalui WhatsApp di 6019-3783858.
Kemudian, ujian saringan akan dibuat di Pusat Kerja & Latihan Lembah Pantai.
Keputusan akan diperoleh dalam masa tiga jam sahaja.
Mereka yang berminat juga boleh mendaftar melalui WhatsApp di bit.ly/SaringanCovid19LP