SOP DUA DARJAT LAGI

 

HAMDAN TAHA


Kemarin ketua polis kuala lumpur buat kenyataan mereka perlu mendapat kelulusan peguam negara untuk ambil tindakan terhadap Annuar Musa atau Adam menteri wilayah kerajaan PN

Dalam masa yang sama setiap petang menteri kanan dato seri ismail sabri akan membuat lapuran harian berapa jumlah orang yang telah di kompaun atau di denda atau di saman kerana melangar sop yang telah di tetapkan...

Soalan saya beribu ribu orang yang telah di saman dan di denda apakah pihak polis telah mendapat kelulusan peguam negara...

Biras saya dan kawannya di saman 1000 ringgit tampa ada budi bicara kerana makan di depan pejabat dia di kawasan wakaf sebelah masjid yang sebelah pejabat tu ada kedai makan. Mereka duduk tiga orang satu meja tiba tiba pihak polis datang dan terus bertindak. Cuma barangkali mereka tak sempat nak tanya apakah kes mereka akan di rujuk ke pejabat peguam negara atau tidak sahaja....

Banyak kes sop dan saman menyaman ni bagi saya menaikkan kemarahan rakyat. Undang undang terpilih....dan zaman sekarang kes kes seperti ini bukan lagi boleh di sorok....tetapi akan di viralkan.....maka rakyat akan nampak jelas antara dua darjat...

No comments: