ENDRIAN LIM CHEE EN
DORAEMON buat apa masa PKP sampai boleh kaut keuntungan
berjuta-juta ringgit?
Hari ini dilaporkan Doraemon telah bayar lebih RM1 juta untuk
elak diisytihar muflis.
Mengikut notis bankrap yang difailkan pada bulan November 2020,
hutang Doraemon adalah sebanyak RM1.34 juta.
Kita juga tahu dua perkara penting, seperti yang diisytihar oleh
Doraemon sendiri pada bulan November 2019.
1. Gaji Menteri Doraemon cuma RM34,000 sebulan
2. Aset Menteri Doraemon cuma RM72,000
Mari buat matematik.
November 2019 sehingga Jan 2021 = 14 bulan
Tolak dua bulan gaji yang didermakan, Doraemon cuma berbaki 12
bulan gaji.
12 bulan X gaji RM34,000 sebulan = RM408,000
Ini bermaksud, kalau pun Doraemon sepanjang 14 bulan ini tidak
makan, tidak minum, tidak pam petrol, tidak bayar bil handphone, tidak bayar
bil elektrik, tidak bayar bil air, tidak beli baju Raya, tidak bayar untuk
program melangsing badan, maka Doraemon akan berjaya menjimat RM408,000.
Ya. RM408,000 sahaja.
Saya ulang. RM408,000 sahaja.
Tapi bagaimana pula Doraemon tiba-tiba mampu langsaikan hutang
mencecah RM1 juta?
RM1.34 juta - RM408,000 = RM932,000
Baki RM932,000 untuk bayar hutang datang dari mana?
Takkanlah dari Sugarbook kan?