Apa guna Wak??
Merintih pun tapi sokong, tongkat juga Abah Kau Mooyiddin dan PN jd KERA jaan.
Last2 PNkhianat tu lah nak haramkan UMNO.
Cuba lah pakat tarik
sokongan biar rebah KERA j PN tu. UMNO BN boleh gerak sendirian, pedulikan PN,
lawan dgn PH secara gentleman.
Sape menang rakyat mesti terima. Biar memerintah 1 penggal
jgn ada KERA j pintu blkg atau tebuk atap. Amacam Wak? Ada bran?
ZUS DIN
Tanggal 9 Mei 2018 musuh tertawa melihat 'rumah agam' UMNO
roboh.
Puas hati melihat ahli UMNO yang setia kesedihan. Yang kurang
setia bagai ayam disambar helang.
Takdir ilahi aku dipilih mengenggam bara api perjuangan memahat
tiang agar kembali berseri.
Jangan tuduh diri yang serakah. Air diminum terasa duri, nasi
dimakan terasa sekam.
Namun amanah dan baiah kepada Tuhan azimat penguat semangat.
Baru saja mula memahat diugut rakan supaya beredar atau ada yang
akan meninggalkan saf.
Tidak lama selepas beredar mereka mufaraqah jua. Ternyata cuma
alasan. Ugutan itu dusta.
'Rumah agam' lain tersedia. Buat apa susah-susah. Selamat
tinggal mungkin kerana dirimu begitu berharga.
Itu mengikhtisarkan pengalaman 6 bulan bercuti atau lepas
jawatan bukan penyelesaian.
Sesiapapun yang diamanahkan akan mereka gasak supaya tiang kekal
tidak berseri, kerana itu matlamat utama mereka.
Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang.
Jika tidak ke dalam kau rasakan.
Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha
Mengetahui, Maha Melindungi.
Mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu 'rumah agam' UMNO
sedang dipulih.
Mereka takut dan resah mahu mengagalkan. Namun aku yakini kudrat
ini tidak akan pernah berhenti.