AHMAD SHAHRIL
Tepat kat dahi kepala sasaran tu....
ANTARA intipati titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak yg bertitah
pagi ini sebelum istiadat mengangkat sumpah MB, begitu tajam dan sinis.
Ianya bukan shj utk negeri Perak tetapi utk semua pimpinan kjaan
termasuk kjaan PN dipusat.
Antara kandungan titah Baginda adalah berikut:
1. Sejak PRU-14, sudah terdapat 3 kali istiadat angkat sumpah
Menteri Besar dilakukan di negeri Perak.
2. Kerajaan tidak dapat mengekalkan kuasa secara konsisten
(menunjukkan yang kerajaan tidak stabil).
3. Sifat sebenar seseorang akan terserlah ketika seseorang itu
mendapat kuasa, di mana kata tidak dikota atau bertukar nada dan berlainan
irama, dan bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan putih itu hitam.
4. Rakyat umpama kancil tersepit di antara gajah-gajah yang
beradu kekuatan, membuat rakyat teraniaya; jangan aniaya rakyat kerana doa
orang teraniaya tiada dinding dengan Allah.