MENTERI JANGAN SELALU HILANGKAN DIRI. SELESAIKAN DULU ISU PEMBELAJARAN JANGAN KALUT ISU KASUT


Masa PH buat dulu isu kasut .macam macam isu kena hentam sampai digelarnya menteri kasut. Nah sekarang nak gelar apa pulak?. Takkan isu pembelajaan  yang masih belum selesai ini dah nak isu kasut putih dan hitam pulak. Tahu tujuan kasut hitam supaa tak nampak comot..betul dah dari segi  penampilan tu. Nak pembaruan bagi pulak pakai kasut putih stokin pun putih..macamerba la wei..

 

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Mohamad Ali Hasan pula berkata, KPM perlu menyelesaikan isu pembelajaran dalam talian terlebih dahulu berbanding warna kasut.

 

“Masalah yang perlu diatasi segera ketika ini ialah pengisian sukatan pelajaran, kesiapsiagaan menghadapi peperiksaan utama di kala negara masih mencatatkan kes positif Covid-19,” katanya.

Peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga diadakan pada suku pertama tahun depan.Pada masa sama, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 bagi tahun ini turut dibatalkan, sementara pelajar tingkatan lima dan enam atas yang akan menduduki SPM dan STPM akan diberi keutamaan untuk ke sekolah selepas PKP tamat.

 


No comments: