Derma RM10 tak mesti kepada lebai
Dalam tempoh kritikal, ekonomi tak menentu dan ringgit semakin kurang bernilai, mereka yang berada dalam kategori M40 apatah lagi B40, elok utamakan keluarga dalam perbelanjaan.
Jika ingin bersedekah, utamakan keluarga kemudian diikuti dengan jiran terdekat yang memerlukan. Usah difikir untuk wakaf kepada kerajaan RM10 untuk bekalan air.
Lebih baik menabung RM10 sebulan untuk anak yang masih belajar sebagai bekalan hari depannya. Jika ada wang lebih, elok tengok-tengokkan anak jiran sebelah yang memerlukan.
Masalah kerajaan tak cukup duit nak atasi masalah bekalan air, biar menteri dan kerajaan yang fikir. Kita dah bagi gaji kepada mereka untuk fikir dan buat. Jika tak tahu nak fikir dan buat, elok berhenti jadi menteri.
Wakaf dapat pahala, itu betul. Bagi makan isteri, anak sendiri, adik beradik dan jiran juga dapat pahala. Pahala ada dimana-mana, bukan dengan ikut cakap lebai sahaja.