Apa pengajaran di Perak?



1.  Terbukti PH, terutamanya Dap bukan anti Melayu/Islam, maka boleh sahaja membantu Umno sebuah parti Melayu yang sering memandang serong terhadap Dap.   


2.  PH telah berjaya menjatuhkan Peja sebagai MB dengan menggunakan Umno kerana bagi PH Peja adalah pengkhianat kepada PH.


3.  PH memandang Umno sebagai musuh politik sahaja berbanding Bersatu yang dianggap pengkhianat oleh PH maka sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dikuasai oleh Bersatu, PH bersedia membantu.


4.   Memberi pertunjuk kepada rakyat tentang perangai Pas bahawa parti tersebut tidak pernah memiliki prinsip dan sanggup menjilat ludahnya apabila akhirnya Pas menyokong MB baru dari Umno demi jawatan dan kedudukan.


5.   Perpaduan di dalam PH mantap di mana PH tidak sanggup khianati rakan2 di dalam PH walaupun ada tawaran untuk bersama kerajaan negeri tanpa Dap, namun PH tetap memelihara setiakawan berbanding memilih kepentingan sendiri.


6.  Membuktikan bahawa Umno tiada kekuatan untuk berhadapan dengan Bersatu kerana pemimpin2 mereka banyak masalah yang perlu bergantung dengan kerajaan PN.  Tidak pelik jika ahli2 Umno di bawah mula merasa bahawa gabungan MN bakal terkubur kerana Pas dilihat terus bergantung dengan parti yang berkuasa.


7.  Tindakan Istana Perak harus dipuji kerana tiada kepentingan dan campurtangan politik di dalam menangani kemelut di Perak.  Istana terus bertindak pantas tanpa tangguh2 atau tergantung, dan bertemu dengan semua pimpinan parti termasuk Pembangkang agar keabsahan seseorang MB itu dilakukan dengan cepat untuk kestabilan negeri Perak. 


8.  Speaker Dun Perak bukan robot seperti Speaker di Parlimen.  Speaker Dun Perak ada kuasa dan tahu menggunakan kuasanya di dalam situasi penting.  Ini tiada pada Speaker Parlimen yang mengaku beliau tiada kuasa.


9.  Kedudukan kerajaan Perak kembali kepada status quo, tidak punyai kekuatan dan penambahan sokongan kecuali MB pengkhianat telah gugur.


10.  Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil berlaku di Pusat di mana kedudukan Muhyiddin akan dicabar bila2 masa dengan kaedah yang berbagai.


WFAUZDIN NS



No comments: