Kelantan negeri ke-2 termiskin, hanya MB, Exco kaya?
Sham Ghaz
- Di tempat kedua adalah Kelantan dengan kadar kemiskinan 12.4 peratus, yang menunjukkan lebih 230,000 orang di negeri ini hidup dalam kemiskinan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan dapat kereta MERCEDES model baru.
- Menteri Besar, Timbalan dan Exco dapat bonus RM50,000
- Adun/Tok Wakil/ YB di Kelantan dapat nikmati kenaikan gaji RM3,000 – RM5,000 yang diluluskan sidang DUN Kelantan tempohari.
- Kelantan terima duit ROYALTI 5% hasil Petroleum di bumi Kelantan milik rakyat 03 sebanyak RM418.9 JUTA sejak 2019 – 2020 – Menteri.
- Kelantan terima bantuan one off RM400 juta dari Kerajaan Pusat waktu Tun Mahathir jadi PM.
Banyak jika 230,000 rakyat berada dalam paras kemiskinan. Rakyat Kelantan cuma 1.9 juta sahaja.
Apa nak jadi dengan Negeri Kelantan kita?
Kemana duit Royalti RM418.9 juta dan RM400 juta yang telah diterima dibazirkan?
Apa yang orang kampung dan rakyat dapat? Yang boleh memberi impak signifikan kepada rakyat boleh membantu mereka menghadapi kesan ekonomi/pengurangan pendapatan waktu PKPB Covid 19?
Saat ini semua Adun/Tok Wakil menikmati kenaikan gaji. Tidak takutkah YB2 dengan ketidakupayaan mentadbir Negeri ini akan dipersoalkan di akhirat kelak?
Jika anda celik maklumat, minta pakat soal balik kepada semua tok wakil yang anda telah pilih pada PRU14 lalu.
Bukannya sekadar undi, tapi tahulah hak anda, duit yang dapat dari perut bumi kita semua mereka buat apa, biar mereka bertindak dan bantu 230,000 rakyat Kelantan yang miskin segera.
Terima kasih sudi baca, tolong sebarkan jika prihatin.