PAS BANGKIT BALAS DENDAM. TUNTUT KERUSI PERLIS KEDAH KELANTAN TERENGGANU


Kecewa kerana tidak diberikan kerusi untuk bertanding dalam PRN Sabah, Pas nampaknya mula mengorak langkah untuk menuntut hak mereka yang sewajarnya dalam PRU15 datang.
Sehubungan itu, Presiden Pas, Hadi Awang berkata, Pas bakal mendominasi kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah selepas ini.
Katanya, walaupun pembahagian kerusi, baik melalui MN atau PN belum lagi dimuktamadkan sehingga ini, tetapi Pas akan mendominasi sejumlah kerusi di negeri-negeri tersebut.
Selain itu, Muktamar Pas di Kelantan yang berakhir semalam juga turut meluluskan usul agar Pas diperuntukklan 50 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang nanti.
Tuntutan itu susulan Pas tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam PRN Sabah di mana baik UMNO atau Bersatu, kedua-duanya enggan bertolak ansur memberi walau satu kerusi kepada parti Islam itu.
Sehubungan yang sama, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari tampil dengan butiran antara kerusi-kerusi yang patut diberikan kepada Pas dalam PRU15 akan datang.
Katanya, kerusi-kerusi tersebut ialah 14 di Kelantan, 8 di Terengganu, 15 di Kedah, 3 di Perlis dan selebihnya boleh cari di negeri-negeri lain.
Tambah beliau, kalau Pas boleh berkorban di Sabah, apa salahnya dalam PRU15 nanti parti-parti lain pula yang berkorban.
Apa agaknya reaksi pemimpin UMNO dan Bersatu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berhubung permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas itu?
Nampaknya Tok Pa, Annuar Musa, Mahadzir Khalid dan Shahidan Kassim boleh bersara sajalah selepas ini.
Kalau tidak ditunaikan pula, tak mustahil Pas akan merajuk dan keluar daripada PN dan MN sebagaimana mereka keluar PH sebelum ini.
Kalau Pas keluar PN dan MN, bukankah semua rugi juga akhirnya nanti? (Shahbudindotcom 14/09/2020)

No comments: