Dulu tolak Hudud ke neraka, sekarang hudud tak boleh tanya?
ZOLA
Presiden parti cap agama kata, tolak Islam punca kelemahan umat. Tapi ulama tak benarkan tanya soal hudud? Hudud tu bukan ajaran Islam?
Kamu pun dah tolak Islam? Maknanya kamulah punca kelemahan umat. Atau bagaimana?
Lama dah kami bercakap soal hudud bukan keutamaan pada ketika itu dan ketika ini. Apabila kami bercakap begitu, kamu kata kpd kami:
- Utamakan akal dan ketepikan nas.
- Utamakan maslahah dunia dan tolak maslahah akhirat.
- Syariah lebih utama atau maqasid syariah lebih utama?
- Macam mana nak dapat maqasid kalau ketepi syariah?
- Itu rahmatan lil kafirin bukan rahmatan lil alamin.
Hari ini ulama parti kamu, parti cap agama larang bertanya tentang pelaksanaan hudud. Kalau tanya juga, itu suara syaitan. Amboi…!
Dulu kamu kata:
- Hanya hudud boleh kekang jenayah.
- Hudud yg bawa berkat lalu kamu baca hadith kelebihan laksana hudud.
- Negara ini rosak kerana ketepi hukum Allah.
Hari ini nak tanya pasal hudud pun tak boleh. Sedangkan presiden parti cap agama kata, kelemahan umat berpunca drpd tolak Islam. Kamu pun dah tolak Islam?
Begitulah kamu… Halaluna haramukum. Kamu tak buat hudud halal, orang lain tak buat hudud masuk neraka.