Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...

Nozam Aka

Dulu puas Pas tuduh DAP besar kepala, nak jadi tuan. Padahal hubungan Pas-DAP adalah dalam bentuk kerjasama.

Sebagai ahli Pas ketika itu aku dapat merasakan rasa hormat DAP terhadap Pas. Dalam pilihanraya pun boleh nampak ahli dan pemimpin DAP sama-sama kibarkan bendera Pas.

Tapi Pas fitnah tuduh DAP nak jadi tuan. Akhirnya hari ini terbukti Umno/BN telah menjadi tuan Pas. Pemimpin Pas kehilangan suara, hanya patuh kepada segala suruhan Umno/BN.

Bendera Pas sendiri semakin menghilang. Tak terlihat ahli atau pemimpin Umno kibar bendera Pas. Yang ada ahli dan pemimpin Pas tergila-gila kibar bendera BN.

Pas juga dulu saban hari meratib Amanah khadam DAP. Sedangkan jelas DAP dan Amanah adalah bersahabat. Istilah khadam itu dicipta untuk timbulkan persepsi buruk terhadap Amanah.

Dan sekarang, nampaknya Amanah yang dikatakan khadam itu dapat juga bertanding di Sabah. Sebaliknya Pas yang terpaksa menelan aib kerana terhalang dari meletakkan calon.

Bayangkan, parti yang dah berusia lebih 60 tahun tak mampu meletakkan calon. Sedangkan parti nyamuk yang baru berusia 5 tahun pun mampu letakkan calon dan tampak lebih gagah.

Nyatalah Pas khadam kepada BN. Hingga tak berani bersuara untuk kepentingan parti sendiri.Tak malukah ahli Pas semua? Sekarang semua tohmahan dan fitnah jahat kamu telah terjawab.

Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...



No comments: