KEADILAN CABAR MUHYIDDIN TUNJUK PN SUDAH DIDAFTAR


Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Syed Badlishah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Sehubungan itu, saya mencabar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran Perikatan Nasional yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada umum.
Seandainya Perikatan Nasional masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta dengan membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional.
Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak untuk memilih calon dari parti yang sah disisi undang-undang untuk menjadi wakil seterusnya membentuk kerajaan negeri.
Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan untuk bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat khususnya warga Sabah.
YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
14 SEPTEMBER 2020.

No comments: