Gara-gara makan mentah, doktor jumpa cacing 3.8cm dalam mulut!



Doktor jumpa cacing 3.8cm dalam tekak seorang wanita selepas makan makanan mentah.

Ramai daripada kita yang meminati makanan Jepun, terutamanya sashimi atau sushi.

Hidangan ini bukan sahaja lazat, malah selalunya hadir dalam bentuk yang segar walaupun ia dihidang dengan cara yang mentah.
Namun, tidak semua yang mentah itu baik untuk tubuh badan manusia.
Baru-baru ini seorang wanita di Jepun mengeluarkan seekor cacing yang berukuran 3.8cm dari mulutnya setelah dia dilaporkan menjamah sepotong ikan mentah.
Dia yang berusia 25 tahun, berasal dari Tokyo makan beberapa potong sashimi dan tidak menyedari makanan tersebut rumah kepada cacing parasit jenis Pseudoterranova – selalunya dijumpai pada ikan laut yang dihidangkan mentah atau masak.
Kes ini diklasifikasikan sebagai kes yang luar biasa kerana kebanyakan penemuan cacing selalunya berlaku di bahagian usus manusia dan sangat jarang ia dijumpai di bahagian mulut.
Di dalam American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, dilaporkan wanita itu pada mulanya mengalami gejala sakit tekak selama 5 hari.
Dia kemudiannya memberitahu doktor sebelum mengalami gejala sakit tekak, dia sempat menjamah satu set sashimi.

Ketika melakukan pemeriksaan, doktor menjumpai cacing berwarna hitam yang bergerak-gerak di bahagian kiri tonsil wanita tersebut.
Setelah mengeluarkan cacing itu, doktor menyatakan tahap kesihatan wanita itu kembali pulih.
Ini juga menjadi peringatan kepada kita, sebelum makan makanan yang belum dimasak atau jika anda mahu menjamahnya secara mentah, masukkan daging tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan ia beku.
Cara ini mampu membunuh bakteria yang ada pada daging tersebut.

No comments: